Resepi Takoyaki
Jom buat takoyaki homemade, adunan tepung mudah je dan inti boleh letak meriah ikut suka.

Bahan-bahan
Cara Buat Takoyaki
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 4 hidangan
- Kalori
- 565 kcal
- Protein
- 18.5 g
- Karbohidrat
- 57 g
- Lemak
- 27 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 19.5 g
- Natrium:
- 1820 mg
Andaian pengiraan · keyakinan rendah
- Bilangan hidangan tidak dinyatakan; dianggarkan 4 orang (kira-kira 6-7 biji setiap seorang).
- Inti tanpa sukatan dianggarkan: sotong kurita 150 g, jejari ketam 100 g, sosej ayam 100 g.
- Mayonis 60 g dan sos takoyaki penuh dikira; minyak acuan 2 sudu besar.
- Natrium tinggi daripada kicap, sos tiram jenis sos takoyaki dan kiub pati ayam.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Tips untuk bersihkan sotong kurita, kelar lapisan antara kaki, gaul dengan 1 sudu kecil baking powder dan sedikit garam sampai berbuih. Kemudian rehat 10 minit, bilas dengan air dan rebus 10 minit.
- Resepi asal Takoyaki mengunakan tempura rangup, (tenkasu), Che Nom guna crispy bubble rice yang lebih murah dan senang dapat.
- Kebiasanya orang jepun guna serbuk atau dashi stock, Che Nom ganti dengan kiub pati ayam yang mudah untuk dapat.
- Kalau takde kicap cair, boleh tambah/ganti dengan garam sikit dalam sos takoyaki.
- Untuk rasa yang lebih sedap, boleh tambah sos Worcestershire dalam sos Takoyaki.
- Gunakkan bekas kecil untuk tuang adunan Takoyaki dalam acuan.
- Adunan mudah mendap jadi kerap kacau adunan setiap kali sebelum tuang dalam acuan kuali.
Video
Pengenalan
Jom kita tengok cara buat Takoyaki kali ni, asyik beli aja kan, sesekali nak juga seronok-seronok buat kat rumah. Dalam video ni Che Nom akan tunjukkan cara untuk buat adunan tepung Takoyaki yg mudah aja, tak remeh pun nak buat kat rumah. Yang penting, bahan-bahan inti tu kita kena sediakan dengan meriah, barulah nmpk menarik dan sedap.
Kedua, Che Nom share cara untuk sediakan homemade sos Takoyaki, kalau sesiapa yg nak cuba buat sendiri, boleh lah cuba.
Acuan pula Che Nom guna yang bukan elektrik, guna dapur gas aja, Hasil pun memuaskan. Memang terbaik dimakan Bersama sos Takoyaki, mayonis, seaweed flakes dan yang penting ni ha, bonito flakes. Semua gabungan yang padu dalam satu gigitan.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat

Resepi Kentang Wedges Air Fryer









