ResepiCheNom
Sup Tulang Ala Chef Wan
Sup

Resepi Sup Tulang Ala Chef Wan

Prep 20 minJumlah 2 jam 20 min

Sup tulang ala Chef Wan ni kuahnya pekat, berempah dan memang padu. Sedap hirup panas-panas, makan dengan nasi atau roti pun ngam.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 500 gram tulang lembu berdaging500 gram tulang lembu berdaging
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar (resepi asal 2 sudu)1 sudu besar serbuk ketumbar (resepi asal 2 sudu)
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil lada hitam, ditumbuk halus1 sudu kecil lada hitam, ditumbuk halus
  • 1 1/2 sudu besar tomato puree1 1/2 sudu besar tomato puree
  • 1 batang lobak merah, didadu1 batang lobak merah, didadu
  • 1 biji kentang, didadu1 biji kentang, didadu
  • 2 batang saderi, dihiris besar2 batang saderi, dihiris besar
  • Sedikit daun sup, dihirisSedikit daun sup, dihiris
  • Bawang gorengBawang goreng

Bahan Untuk Kisar Halus

  • 1 inci halia1 inci halia
  • 8-10 biji bawang merah8-10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai, hiris nipis2 batang serai, hiris nipis

Bahan Untuk Tumis

  • 4 biji buah pelaga4 biji buah pelaga
  • 2 batang kayu manis2 batang kayu manis
  • 6 kuntum bunga cengkih6 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang2 kuntum bunga lawang

Cara Buat Sup Tulang

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Bersihkan tulang dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, goreng tulang sehingga menjadi keperangan di permukaan daging, angkat dan ketepikan.
  2. 2
    Dalam minyak yang sama, tumis bahan tumis dan bahan kisar halus hingga naik bau.
  3. 3
    Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan serbuk lada hitam, tumis selama 3-4 minit. Masukkan tomato puree dan tulang, gaul rata dan masukkan air sehingga tulang sedikit tenggelam.
  4. 4
    Renehkan selama 2 jam atau sehingga daging menjadi lembut. Kemudian masukkan saderi, kentang dan lobak merah dan masak lagi sehingga empuk. Tambah garam secukup rasa.
  5. 5
    Angkat dan hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng.
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi Sup Tulang ala Chef Wan ini diambil dari blog masakan terkenal oleh Che Mat Gebu, www.tiffinbiru.com.

Resepi asal oleh Chef Wan dan pastinya menghasilkan sup tulang yang pekat, berempah dan sangat lazat. Boleh dimakan bersama nasi ataupun roti.

Diterbitkan pada 21 Ogos 20137.8K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru