ResepiCheNom
Sup Ayam Pekat Rempah Sendiri
Ayam

Resepi Sup Ayam Pekat Rempah Sendiri

Prep 15 minMasak 10 minJumlah 25 minHidangan 10 orang

Jom buat Sup Ayam Pekat Rempah Sendiri, kuah padu dan wangi tanpa sup bunjut atau rempah komersial. Resepi rumah yang simple tapi memang sedap untuk seisi keluarga.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan

  • 1/2 - 1 ekor ayam1/2 - 1 ekor ayam
  • 2 biji kentang2 biji kentang
  • 1-2 batang lobak merah1-2 batang lobak merah
  • 1 biji tomato1 biji tomato
  • daun supdaun sup
  • daun bawangdaun bawang
  • bawang gorengbawang goreng

Bahan Untuk Rempah Tumis

  • 1 batang kayu manis1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga4 biji buah pelaga
  • 3 kuntum cengkih3 kuntum cengkih

Bahan Untuk Kisar Halus

  • 1/2 - 1 biji bawang besar (ikut saiz)1/2 - 1 biji bawang besar (ikut saiz)
  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia2 inci halia
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar lada hitam1 sudu besar lada hitam

Cara Buat Sup Ayam

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Potong carrot (ketulan besar), daun sup (asing bahagian batang dan daun) dan daun bawang.
  2. 2
    Hiris kasar bawang besar, bawang putih dan halia.
  3. 3
    Campurkan rempah sup seperti serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan lada hitam kedalam satu mangkuk.
  4. 4
    Masukkan kesemua bahan campuran rempah dan bahan kisar halus kedalam blander, tambah air dan kisar halus.
  5. 5
    Panaskan sedikit minyak.
  6. 6
    Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
  7. 7
    Masukkan bahan kisar halus.
  8. 8
    Kemudian masukkan ayam.
  9. 9
    Kacau sampai ayam sedikit kecut.
  10. 10
    Masukkan air dan batang sup.
  11. 11
    Kemudian reneh sekejap.
  12. 12
    Masukkan carrot dan sambung reneh hingga carrot lembut.
  13. 13
    Masukkan kentang, kiub ayam, sebuk lada putih, garam, tomato, tabur separuh daun sup.
  14. 14
    Tutup api.
  15. 15
    Perah sedikit limau nipis
  16. 16
    Hiaskan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Perahan limau nipis dapat seimbangkan rasa lemah dan berempah sup.
Video
Pengenalan

Hi Semua, kali ni Che Nom nak share resepi yg selalu masak kat rumah. Family Che Nom memang sukakan sup ayam yang pekat kuahnya.

Sebenarnya dah lama nak share resepi ni kat anda semua, , jadi sekarang jom kita tengok cara nak sediakannya, tanpa guna sup bunjut, tanpa guna campuran rempah sup komersial. Kita buat sendiri je…lg sedap.

Diterbitkan pada 23 April 202022.7K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru