Ayam•
Sup Ayam Pekat Rempah Sendiri
Hi Semua, kali ni Che Nom nak share resepi yg selalu masak kat rumah. Family Che Nom memang sukakan sup ayam yang pekat kuahnya. Sebenarnya dah lama nak share resepi ni kat anda semua, , jadi sekarang jom kita tengok cara nak sediakannya, tanpa guna sup bunjut, tanpa guna campuran rempah sup komersial. Kita buat sendiri je…lg sedap.
Dikongsi oleh
Che Nom
Diterbitkan pada 23 April 202020K paparan
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
- 1/2 - 1 ekor ayam
- 2 biji kentang
- 1-2 batang lobak merah
- 1 biji tomato
- daun sup
- daun bawang
- bawang goreng
- 1 batang kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 3 kuntum cengkih
- 1/2 - 1 biji bawang besar (ikut saiz)
- 4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu besar jintan manis
- 1 sudu besar jintan putih
- 1 sudu besar lada hitam
Cara Memasak
- 1Potong carrot (ketulan besar), daun sup (asing bahagian batang dan daun) dan daun bawang.
- 2Hiris kasar bawang besar, bawang putih dan halia.
- 3Campurkan rempah sup seperti serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan lada hitam kedalam satu mangkuk.
- 4Masukkan kesemua bahan campuran rempah dan bahan kisar halus kedalam blander, tambah air dan kisar halus.
- 5Panaskan sedikit minyak.
- 6Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
- 7Masukkan bahan kisar halus.
- 8Kemudian masukkan ayam.
- 9Kacau sampai ayam sedikit kecut.
- 10Masukkan air dan batang sup.
- 11Kemudian reneh sekejap.
- 12Masukkan carrot dan sambung reneh hingga carrot lembut.
- 13Masukkan kentang, kiub ayam, sebuk lada putih, garam, tomato, tabur separuh daun sup.
- 14Tutup api.
- 15Perah sedikit limau nipis
- 16Hiaskan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng.
Petua & Panduan
- •Perahan limau nipis dapat seimbangkan rasa lemah dan berempah sup.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
5 Januari 2026

Bihun Goreng Lembut Tanpa Hancur: Teknik “Tutup 5 Minit” Tak Perlu Kacau Lama
5 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Nak Jaga Kalori Tapi Nak Lauk Padu? Ini Ayam Kung Pao Versi Sihat & Tinggi Protein
4 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Jangan Buang Kepala Udang! Rahsia Kuah Mee Goreng 'Power' & Manis Asli
3 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
16 Disember 2025

Ayam Sambal Berlada
16 Disember 2025

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
16 Disember 2025





