ResepiCheNom
Sup Ayam Simple, Tapi Cukup Sedap
Ayam

Resepi Sup Ayam Simple, Tapi Cukup Sedap

Prep 30 minMasak 20 minJumlah 50 minHidangan 5 orang

Sup ayam simple tapi padu, sesuai untuk mak-mak sibuk atau dapur bujang. Reneh perlahan bagi kuah manis berlemak, sedap makan panas dengan nasi atau bubur.

Bahan-bahan

Bahan

  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah kecil3 biji bawang merah kecil
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 3 sb minyak masak3 sb minyak masak
  • Sup bunjutSup bunjut
  • 1/2 ekor ayam1/2 ekor ayam
  • 1/2 sb serbuk lada sulah atau lada hitam1/2 sb serbuk lada sulah atau lada hitam
  • Air secukupnyaAir secukupnya
  • 1/2-1 batang lobak merah1/2-1 batang lobak merah
  • 2 biji kentang2 biji kentang
  • Daun supDaun sup
  • 1/2 kiub pati ayam1/2 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa

Cara Buat Sup Ayam

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Sup Ayam

  1. 1
    Potong kasar bawang merah kecil, bawang putih dan halia. Kemudian tumbuk halus
  2. 2
    Potong lobak merah dan kentang. Kemudain rendam dalam air.
  3. 3
    Potong daun sup dan asingkan batang dan daun.
  4. 4
    Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk halus sampai naik bau.
  5. 5
    Masukkan sup bunjut dan ayam. Tutup kuali dan masak sampai ayam kecut dan sedikit perang.
  6. 6
    Masukkan batang daun sup, serbuk lada sulah ataupun lada hitam. Kacau sebati.
  7. 7
    Masukkan air (agak-agak tenggelam ayam atau lebihkan kalau nak lebih kuah).
  8. 8
    Boleh masukkan kentang dan lobak merah, kemudian masak sampai ayam dan kentang masak.
  9. 9
    Masukkan kiub pati ayam dan garam.
  10. 10
    Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Potongan lobak merah dan kentang kena bagi sama besar, bila masak nanti semuanya akan masak sekata, masak pada masa yang sama.
  • Selepas potong kentang dan lobak merah, rendam untuk elak kentang oxidise jadi perang dan carrot stay fresh.
  • Untuk potong perlulah guna pisau yang tajam dan jangan dedahkan hujung jari, boleh terkena pisau, masa pegang bahan kena hala ke bawah, kita sembunyi macam mencengkam dan slow-slow gerak ke belakang.
Video
Pengenalan

Kali ni kita masak sempoi-sempoi je yang sesuai sangat untuk mak-mak yang sibuk tapi tak tau nak masa apa untuk family ataupun sesuai juga untuk dapur bujang iaitu sup ayam. Sedap sangat kalau makan panas-panas terutama sekali kalau waktu tak ada selera ke ataupun waktu kurang sihat.

Che Nom akan share cara yang selalu masak dekat rumah. Walaupun sikit bahan-bahannya tapi kita olah biar lebih mantap hasil dia. Yang penting sup perlu reneh perlahan supaya keluar semua rasa terutamanya dari sum-sum tulang ayam tu. Sedap kalau makan dengan nasi panas ataupun bubur nasi. Makan pulak dengan telur masin ke atau sambal belacan memang terbaik.

Diterbitkan pada 7 September 2022424.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru