
Spaghetti Aglio Olio Seafood
Spaghetti Aglio Olio dengan seafood, yang mudah nak sediakan tapi rasa memang tak kurang hebatnya. Ada org cakap, pejam mata pun boleh masak aglio olio ni betul ke. Jom tgk cara nak masak spaghetti aglio olio style Che Nom.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- Minyak zaitun
- 6-7 ulas bawang putih
- 7-8 ekor udang besar
- Chilli flakes
- Serbuk lada hitam
- 1 mangkuk kecil tomato ceri
- Serbuk lada sulah
- 3/4 - 1 pek (500g) spaghetti rebus
- 4 ekor sotong
- Serbuk parsley kering
- Daun parsley segar
- Sedikit air pasta
- Garam secukup rasa
- 1/2 - 1 ketul kiub ayam
- Serbuk parmesan
- 1Cincang kasar bawang putih, boleh lebihkan bawang putih kalau suka.
- 2Potong 2 tomato ceri, Che Nom tambah tomato ceri untuk beri rasa masam-masam manis.
- 3Bersihkan udang dan kupas kulit. Tinggalkan kulit bahagian ekor dan kaki depan untuk beri lebih flavour. Kalau udang besar Che Nom lebih suka belah belakang.
- 4Bersihkan sotong, buang lapisan kulit dan potong kecil. Untuk kepala tarik dan buang bahagian tengah (gigi).
- 5Hiris halus daun parsley, kalau tak ada boleh ganti parsley kering atau daun ketumbar fresh.
- 6Untuk rebus spaghetti mengunakan periuk yang besar dan tinggi sebab kita akan guna air yang banyak.
- 7Masak sampai air mendidih kemudian masukkan spaghetti kering.
- 8Tambah garam supaya air cukup masin dan meresap kedalam spaghetti.
- 9Rebus sampai spaghetti lembut tapi tak lembut sangat (Picit spaghetti, pastikan spaghetti masih kenyal, taknak lembut sangat nanti tak sedap bila goreng.
- 10Keluarkan spaghetti dan tapis kering. Simpan air rebusan untuk digunakan nanti.
- 11Panaskan minyak zaiton dan tumis bawang putih sampai kekuningan.
- 12Masukkan udang dan kacau sikit sampai separuh masak.
- 13Tambah chili flakes dan serbuk lada hitam, tomato dan lada sulah.
- 14Masukkan spaghetti rebus dan kacau sekata. Boleh tambah minyak kalau kurang.
- 15Che Nom keluarkan udang sebab takut terlebih masak.
- 16Masukkan sotong, masuk sotong lambat sikit sebab takut sotong jadi liat kalau terlebih masak.
- 17Masukkan serbuk lada sulah (tabur atas sotong).
- 18Tambahkan chilli flakes, lada sulah dan parsley.
- 19Masukkan air pasta tadi, garam dan kiub ayam (pilihan).
- 20Masukkan balik udang, tabur serbuk parmesan dan sedia untuk dihidang.
- •Untuk rebus spaghetti gunakan periuk yang besar dan tinggi sebab kita akan guna air yang banyak.
- •Semasa masak Che Nom keluarkan udang sebab takut terlebih masak. Boleh biarkan kalau renyah.
- •Masukkan sotong lambat sikit sebab takut sotong jadi liat bila masak lama.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Spaghetti Oglio Olio
Resei mudah Spaghetti Oglio Olio. Cepat dan jimat.Hidangan untuk 4-5 orang. ...
Diterbitkan pada 19 Oktober 2016

Kek Tiramisu Klasik
Kek Tiramisu klasik dengan cream cheese dan biskut ladyfingers.
Diterbitkan pada 3 Februari 2025

Tiramisu Tanpa Telur dengan Biskut Ladyfinger Homemade
Resipi Tiramisu Tanpa Telur yang mewah berkrim, dihidang dengan biskut ladyfinger homemade yang gebu dan lembut.
Diterbitkan pada 13 Jun 2025
Bomboloni
Hi semua, kali ini Che Nom nak sediakan bomboloni, iaitu resepi donut versi orang Itali. Testure yang lembut, disalut de...
Diterbitkan pada 13 April 2021
Resepi Terbaru

Tiramisu Tanpa Telur dengan Biskut Ladyfinger Homemade
Resipi Tiramisu Tanpa Telur yang mewah berkrim, dihidang dengan biskut ladyfinger homemade yang gebu dan lembut.

Nasi Jagung dan Ayam Masak Merah
Resepi Nasi Jagung wangi berlemak dan Ayam Masak Merah pekat berempah, hidangan klasik Hari Raya yang pasti memikat selera.

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade
Sup tulang gearbox berempah dengan kuah pekat dan daging empuk, dihidang bersama tumis darat yang wangi.

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut
Daging goreng kunyit Kelantan style yang lembut berjus, wangi dengan kunyit dan pedas secukup rasa, lauk mudah tapi padu!

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...