
Resepi Spaghetti Aglio Olio
Spaghetti Aglio Olio paling senang dan cepat, Che Nom buat versi seafood tapi ayam, daging atau sosej pun boleh. Kunci dia rebus spaghetti elok supaya tak lembik, baru sedap.
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 500 gram spaghetti (1 paket)
- 1/2 mangkuk kecil minyak zaitun
- 5 ulas bawang putih, cincang halus
- 1/2 biji bawang besar Holland, potong dadu kecil
- 2 sudu besar chilli flakes
- 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
- 1 ketul kiub ayam
- 1 mangkuk besar udang, buang kulit
- 4 ekor sotong, buang lapisan kulit
- capsicum hijau
- capsicum merah
- tomato kecil, potong 2 jika suka
- daun ketumbar ATAU daun parsley, hiris nipis.
Cara Buat Spaghetti Aglio Olio
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Rebus spaghetti dan toskan.
- 2Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih bersama bawang holland sehingga kekuningan dan layu.
- 3Masukkan chilli flakes dan serbuk lada hitam.
- 4Kemudian masukkan udang dan sotong.
- 5Masukkan pula spaghetti diikuti capsicum dan tomato. Taburkan kuib ayam yang sudah dileraikan. Boleh tuang sedikit air rebusan spaghetti supaya bahan-bahan semua sebati semasa proses menggoreng spaghetti.
- 6Perasakan gengan garam dan gula secukupnya. Kiub ayam sudah masin jadi berhati-hati dengan anggaran garam yang dimasukkan. Angkat dan tabur hirisan daun ketumbar atau daun parsley semasa menghidang.
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Resepi Spaghetti Aglio Olio, dalam banyak resepi goreng-goreng yang ni lah paling senang sekali nak disediakan. Dalam resepi aglio olio ini Che Nom gunakan seafood, tapi boleh juga jika anda nak masukkan hirisan isi ayam atau daging. Sosej pun boleh juga dimasukkan kalau suka.
Yang paling penting sekali ialah anda harus merebus spaghetti dengan cara yang betul kerana takut nanti spaghetti akan jadi lembik dan tak cantik teksturnya bila dimasak. Sila rujuk bahagian TIPS di bawah untuk cara merebus spaghetti dengan betul.
Kalau anda rujuk tips tersebut, Che Nom 'drizzle' minyak zaitun pada waktu akhir sekali iaitu pasa masa spaghetti sudah ditapis airnya dan bukannya masukkan minyak zaitun dalam air semasa merebus. Ini adalah kerana jika kita masukkan minyak zaitun semasa merebus, sebahagian besar minyak tu akan hilang bila kita tapis spaghetti dan ianya adalah satu pembaziran. Salutan minyak di permukaan spaghetti pun akan berkurang. Jadi eloklah dimasukkan minyak zaitun bila masa spaghetti itu sudah di tapis.Selamat mencuba resepi yang mudah dan sedap ini :)
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan

Resepi Spaghetti Aglio Olio dengan Seafood

Resepi Creamy Prawn Pepperoni Pasta Berkrim Sedap

Resepi Spaghetti Aglio Olio Seafood

Resepi Spaghetti Aglio Olio & Ayam Popcorn Korea

Resepi Spaghetti Carbonara Lemak Berkrim dan Sedap

Resepi Spaghetti Goreng Sosej
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam



