Nasi Goreng Tomyam
Hi semua, tiba-tiba terasa rindu pulak dengan makanan restoran Thai lepas raya ni….jadi harini Che Nom nak masak Nasi Goreng Tomyam..Rasa masam2 dan beraroma dari tomyam paste, ditambah pulak dengan pedas dari cili padi dan beberapa bahan penting lain…cukup sedap kalau dihidang panas-panas
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2-3 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 5-6 tangkai cili padi
- minyak masak
- 2 sudu besar pes tomyam
- 1/2 batang lobak merah
- 1 batang serai
- 2 keping kek ikan
- sedikit air
- 1 ikat kecil sawi (asing batang dan daun)
- 5-6 ekor udang
- 1 biji telur
- 3 ekor sotong
- 4-5 cawan nasi
- 2 sudu besar sis ikan Thai
- sedikit lada sulah
- 2 sudu besar kicap cair
- 2-3 helai daun limau purut
- 1 sudu besar kicap manis
- timun
- keropok keping
- 1Cincang kasar bawang merah, bawang putih dan cili padi.
- 2Masukkan dalam lesung batu dan tumbuk halus.
- 3Asingkan batang dan daun sayur sawi dan potong.
- 4Potong dadu carrot.
- 5Hiris nipis serai, fish cake dan timun.
- 6Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga kekuningan dan naik bau.
- 7Masukkan carrot, paste tomyam, batang sawi, fish cake dan air sikit (supaya paste tomyam larut).
- 8Masukkan serai.
- 9Masukkan udang dan telur.
- 10Masukkan sotong.
- 11Tambah minyak jika perlu (nasi kalau kurang minyak jadi x berapa garing).
- 12Sekarang masukkan nasi (lagi elok kalau guna nasi sejuk atau dimasak semalam sebab tak melekat).
- 13Masukkan nasi sikit-sikit supaya senang nak kacau sekata.
- 14Masukkan sos ikan Thai.
- 15Tambah sedikit lada sulah.
- 16Tambahkan kicap cair (optional).
- 17Masukkan daun sawi.
- 18Masukkan daun limau purut yang telah dicarik.
- 19Tambah minyak jika perlu.
- 20Kacau sehingga ada kesan garing dari kuali sikit.
- 21Tambah sikit kicap manis.
- 22Hidang dengan hirisan timun dan keropok goreng.
- 23Boleh tambah cili potong dan sambal belacan.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
Dalam kebanyakan dapur rumah, tos ayam goreng atas tisu dapur sudah jadi kebiasaan. Lepas angkat dari minyak, terus letak atas tisu dengan anggapan m...

Kenapa Ayam Perlu Dilap Kering Sebelum Digoreng atau Diperap?
Dalam banyak resipi Che Nom, ada satu langkah kecil yang selalu ditekankan: lap ayam sehingga kering sebelum digaul dengan garam, perasa atau tepung....

London Sudah Pulih Selepas Covid – Tapi Adakah Ia Masih Berbaloi Untuk Pelancong?
Beberapa tahun lepas, ramai yang menonton video YouTube tentang London dan terkejut dengan keadaannya.Kedai tutup, jalan lengang, terutama di kawasan...

Bila Kena “Halau” di Switzerland: Antara Realiti Travel, Salah Faham & Kemanusiaan
Switzerland memang sebuah negara yang sangat cantik. Itu hakikat yang tidak boleh dinafikan. Gunungnya megah, tasiknya tenang, bandar-bandar tersusun...

Pengalaman Che Nom Sewa Airbnb di London: Apa Yang Tak Ditunjukkan Dalam Review
Bila bercuti ke luar negara bersama keluarga, terutamanya untuk tempoh yang agak panjang, pilihan penginapan memang jadi perkara paling penting. Kali...

Che Nom di Switzerland: Dari Citarasa Keajaiban Alpen Hingga Kehangatan Hati
Switzerland — sebuah nama yang membawa imaji gunung salju, tasik jernih, kereta api cantik, coklat asli, dan pengalaman yang susah nak digambar...
Resepi Berkaitan

Nasi Arab Mandy Ayam
Nasi Arab Mandi Ayam memadukan keharuman rempah Mandy buatan sendiri dengan ayam yang direbus, diperap, dan dibakar hingga lembut serta berjus. Dihidangkan bersama nasi basmathi wangi, sup ringkas, salad segar, dan sos Harrah pedas, menu ini sempurna untuk acara istimewa atau juadah keluarga, terutama pada bulan Ramadan.
Diterbitkan pada 18 Januari 2025

Set Ayam Gepuk Ala Top Universe
Hidangan kegilaan rakyat Malaysia iaitu set ayam gepuk yang dipadankan dengan sambal gajus yang pedas dan berlemak. Selalu beli dekat kedai je kan, lepas ni boleh try masak sendiri.
Diterbitkan pada 13 Ogos 2024

Bubur Lambuk Masjid Kampung Baru
Che Nom berkongsi resepi Bubur Lambuk Kg Baru sempena bulan Ramadhan. Resepi warisan ini telah diubah suai untuk kuantiti yang sesuai dimasak di rumah.
Diterbitkan pada 17 April 2024

Punten
Che Nom berkongsi resepi Punten dan Sambal Ijo, makanan tradisi masyarakat Jawa Selangor yang sedang viral. Punten seakan-akan nasi lemak dan nasi impit, dimakan bersama sambal ijo yang pedas dan menyengat.
Diterbitkan pada 27 Februari 2024

Nasi Lemak Bunga Telang
undefined...
Diterbitkan pada 11 Januari 2024

Bubur asyura utara
undefined...
Diterbitkan pada 10 Disember 2023
Resepi Terbaru

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
Ayam goreng kunyit rangup dengan salutan nipis, dihidangkan bersama sambal kicap istimewa yang pedas manis.

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.

Spaghetti Carbonara Tanpa Telur (Versi Halal & Autentik)
Resepi Spaghetti Carbonara asli Itali versi halal yang kaya berkrim tanpa setitik pun krim masakan.