ResepiCheNom
Sambal Tumis Udang

Resepi Sambal Tumis Udang

Prep 15 minMasak 20 minJumlah 35 minHidangan 4 orang

Sambal Tumis Udang yang ringkas dan cepat, guna udang segar supaya kuah sambal lebih manis dan padu. Sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi lemak.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 500g udang, dibersihkan500g udang, dibersihkan
  • 1/2 biji bawang besar, potong nipis1/2 biji bawang besar, potong nipis
  • 1 batang serai, dititik1 batang serai, dititik
  • 1/2 cawan air asam jawa1/2 cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar sos tiram2 sudu besar sos tiram
  • Bahan untuk dikisarBahan untuk dikisar
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah4 ulas bawang merah
  • 2 inci halia2 inci halia
  • 10-12 tangkai cili kering, dibuang biji10-12 tangkai cili kering, dibuang biji
  • 1 biji bawang besar1 biji bawang besar

Cara Buat Sambal Tumis Udang

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Rebus cili kering seketika, toskan air dan kisar halus bersama bahan kisar yang lain.
  2. 2
    Dalam kuali, panaskan 2 senduk minyak masak dan kemudian tumis bawang besar sehingga kekuningan.
  3. 3
    Masukkan bahan kisar, masak hingga naik bau dan pecah minyak.
  4. 4
    Tuangkan air asam jawa, sos tiram serta masukkan serai yang dititik.
  5. 5
    Kemudian masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. Masak seketika dalam anggaran masa 5-7 minit atau sehingga mendidih. Angkat dan hidangkan.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Pastikan anda tidak memasak udang terlalu lama kerana udang boleh menjadi keras.
  • Semasa menumis bahan kisar pastikan betul-betul pecah minyak kerana jika tidak, kuah sambal tumis tidak masak dengan sempurnna
Video
Pengenalan

Resepi Sambal Tumis Udang ini disediakan menggunakan bahan yang ringkas dan penyediaanya tidak memerlukan masa yang panjang.

Pastikan anda menggunakan udang yang segar kerana rasa manis udang segar akan melazatkan lagi kuah sambal tumis.

Hidangan untuk keluarga yang enak dimakan bersama nasi putih atau nasi lemak.

Diterbitkan pada 21 Ogos 2013128.7K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru