ResepiCheNom
Crispy Garlic Butter Prawn

Resepi Crispy Garlic Butter Prawn

Prep 20 minMasak 25 minJumlah 45 min

Udang salut tepung goreng garing, lepas tu gaul dengan butter, serbuk cili kasar dan crispy garlic yang rangup. Sedap makan dengan nasi panas atau meratah je, pedas-pedas lemak!

Bahan-bahan

Bahan

  • 20 ulas bawang putih20 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar1/2 biji bawang besar
  • Daun bawangDaun bawang
  • 2 biji cili merah2 biji cili merah
  • 500g udang500g udang
  • 1/3 cawan tepung jagung1/3 cawan tepung jagung
  • Minyak masakMinyak masak
  • 3 sb mentega3 sb mentega
  • 2 sb sos tiram2 sb sos tiram
  • 2 sb serbuk cili kasar2 sb serbuk cili kasar
  • Sedikit garamSedikit garam
  • Sedikit serbuk lada sulahSedikit serbuk lada sulah
  • 1/2 sb gula1/2 sb gula

Cara Buat Crispy Garlic Butter Prawn

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Udang Goreng

  1. 1
    Cincang halus bawang putih dan bawang besar.
  2. 2
    Potong memanjang atau racik halus daun bawang dan cili merah.
  3. 3
    Gunting bahagian tajam dan janggut udang, kemudian buang tali hitam belakang udang.
  4. 4
    Salut udang dengan tepung jagung dan garam.
  5. 5
    Goreng udang dengan api besar, angkat dan toskan minyak.
  6. 6
    Panaskan sedikit minyak (minyak goreng udang) dan mentega.
  7. 7
    Masukkan bawang putih cincang dan goreng sampai perang. Kemudian angkat dan ketepikan.
  8. 8
    Dengan minyak yang sama tumis bawang besar sampai lembut.
  9. 9
    Masukkan sos tiram dan serbuk cili kasar dan kacau sampai sebati.
  10. 10
    Masukkan udang goreng, garam, serbuk lada sulah (pilihan), gula dan bawang putih goreng. Kacau sampai bahan bergaul sebati.
  11. 11
    Hidang dan hias dengan hirisan cili merah dan daun bawang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Tips untuk bagi udang tak meletup bila goreng, tos kering udang ataupun salut dengan tepung jagung.
  • Goreng udang sekejap saja dengan api yang besar, udang akan garing di luar tapi masih lembut di dalam dan tak terlebih masak.
  • Kalau kulit udang bertukar menjadi warna putih maksudnya udang sudah masak.
Video
Pengenalan

Kali ni jom kita masak resepi udang yang simple dan memang sedap kalau makan dengan nasi panas atau pun meratah macam tu aja. Udang laut segar, Che Nom salut dengan tepung dan goreng garing. Kena pastikan bahagian isi udang tak terlebih masak, dan lembut lagi.

Kemudian kita masak udang dan dengan minyak butter, gaul dengan serbuk cili kasar dan juga yang paling penting sekali crispy garlic tu. Itu yang buatkan special rasanya bila kita makan udang, rasa pedas dan garingnya kulit luar tu sampai kita boleh gigit boleh makan ditambah pula rangup daripada crispy garlic.

Diterbitkan pada 2 Ogos 202211.9K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru