
Resepi Sambal Tumis Sotong Kering
Prep 14 minMasak 30 minJumlah 44 min
Sambal tumis sotong kering padu untuk nasi lemak atau kuah lodeh, kuahnya pekat, pedas dan berlemak. Che Nom tunjuk cara mudah lembutkan sotong kering guna satu bahan.
Bahan-bahan
Cara Buat Sambal Tumis Sotong Kering
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Sambal
- 1Potong kasar bawang besar, bawang merah kecil, bawang putih, dan halia.
- 2Hiris nipis bawang besar (untuk menumis).
- 3Cili kering rebus dan buang biji, kalau nak guna cili kisar pon boleh, masuk anggaran 2-3 senduk.
- 4Kacang tanah goreng dan tumbuk kasar (boleh buang kulit dulu kalau rajin).
- 5Masukkan cili kering, bahan potong kasar, belacan dan sedikit air. Kisar halus.
- 6Rendam sotong kering dengan ubat sotong (untuk lembutkan sotong) anggaran 14 jam. Air kena banyak biar sotong tengelam.
- 7Bila sotong dah kembang boleh bilas dengan air 3-4 kali dan buang lendir-lendir yang masih melekat.
- 8Trim buang bahagian kepala sotong yang keras (bahagian mata dan gigi).
- 9Potong kasar janggut (boleh lerai-leraikan kalau tak nak potong) dan badan sotong anggaran 1 ruas jari.
- 10Panaskan air sampai mendidih dan rebus sotong anggaran 5 minit (jangan lama).
- 11Bila dah rebus boleh angkat dan bilas dengan air sejuk.
- 12Panaskan minyak dan tumis bawang besar sampai kekuningan dan lembut.
- 13Masukan bahan kisar halus dan air (kocak dari blender). Kemudian tumis sampai warna sambal sedikit gelap dan garing.
- 14Masukkan gula melaka, air asam jawa, sedikit air dan kacau sebati. Sambung tumis sampai pecah minyak.
- 15Masukkan garam (sikit je sebab belacan tadi dah masin) dan kacau sebati. Nak tambah perasa pon boleh.
- 16Masukkan sotong dan kacau sebati. Air sotong akan keluar masa ni tapi kalau nak lebihkan kuah boleh tambah air sikit-sikit.
- 17Masukkan hirisan bawang besar dan kacang tumbuk. Teruskan masak sampai bawang layu anggaran 2-3 minit.
- 18Tutup api dan sedia untuk dihidang.
- 19Boleh tabur lagi kacang tumbuk sebagai hiasan.
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom nak masak sambal sotong kering, yang padu sangat kalau kita makan bersama dengan nasi lemak atau kuah lodeh.
Cara Che Nom untuk sambal sotong kering, kuah sambal nya mesti lah pekat, pedas dan berlemak rasanya. Cili pun kena lebih kan, barulah sedap.
Nak masak mudah sahaja, cuma kena tau cara untuk lembutkan sotongn kering dan Che Nom tunjuk cara untuk melembutkan sotong menggunakan satu bahan. Kalau ada sesiapa yang tahu cara lain untuk lembutkan sotong kering, bolehlah berkongsi.
Diterbitkan pada 11 Januari 202317.2K paparan
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan

Resepi Sambal Sotong Kembang Berkacang
9 Ogos 2015

Resepi Sambal Tumis Udang Petai Pekat & Wangi, Cara Che Nom
18 Januari 2026

Resepi Sambal Tumis Udang
3 November 2023

Resepi Sambal Tumis Telur Rebus Pekat Dan Likat
8 Julai 2022

Resepi Ayam Sambal Berlada
16 Disember 2025

Resepi Ayam Masak Ketumbar
26 Jun 2024
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun
30 Mei 2026

Resepi Ayam Belengas Viral
30 Mei 2026

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce
14 Mei 2026

Resepi Set Nasi Kerabu
7 Mei 2026

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam
21 April 2026

Resepi Donut Kampung Lembut Gebu — Tak Serap Minyak & Ada White Ring
9 April 2026


