ResepiCheNom
Ayam Masak Ketumbar
Ayam

Resepi Ayam Masak Ketumbar

Prep 30 minMasak 30 minJumlah 1 jamHidangan 8 orang

Kuahnya pekat dan pedas secukup rasa. Ayamnya digoreng separuh masak kemudian digaul sekali dengan bahan-bahan tumisan dan diperasakan dengan biji ketumbar yang disangai.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 1/2 ekor / 800g potongan ayam1/2 ekor / 800g potongan ayam
  • 1 sk garam1 sk garam
  • 1 sk serbuk kunyit1 sk serbuk kunyit
  • 2-3 biji bawang merah kecil2-3 biji bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia1/2 inci halia
  • 2 sb sos tiram2 sb sos tiram
  • 2 sb kicap manis2 sb kicap manis
  • 5 tangkai cili padi5 tangkai cili padi
  • 2 sb ketumbar2 sb ketumbar
  • Sedikit air (untuk kuah)Sedikit air (untuk kuah)
  • 3 tangkai cili merah3 tangkai cili merah
  • 1/2 biji bawang besar1/2 biji bawang besar
  • Daun bawang atau daun ketumbar, hiasanDaun bawang atau daun ketumbar, hiasan

Cara Buat Ayam Masak Ketumbar

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Gaul ayam dengan garam dan kunyit. Ketepikan dan perap ayam dulu.
  2. 2
    Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan halia.
  3. 3
    Potong kasar bawang holland dan cili besar untuk taburan akhir.
  4. 4
    Sangai ketumbar sampai naik bau, tuang masuk dalam lesung batu dan tumbuk sederhana halus.
  5. 5
    Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak.
  6. 6
    Bila ayam dah separuh masak, boleh keluarkan dan ketepikan dulu.
  7. 7
    Keluarkan minyak ayam goreng (kalau rasa banyak).
  8. 8
    Tumis bawang dan halia tumbuk tadi.
  9. 9
    Bila bahan tumis dah garing, masukkan cili padi, sos tiram dan ayam goreng.
  10. 10
    Tambah kicap manis, biji ketumbar tumbuk dan air (untuk kuah).
  11. 11
    Tutup tudung kuali dan biar ayam masak sebati dengan kuah.
  12. 12
    Akhir sekali tabur bawang holland, cili merah dan daun sup untuk hiasan.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Jangan goreng ayam penuh kuali nanti ayam lambat masak dan lambat garing, seeloknya split 2 dan masak sikit-sikit.
Video
Pengenalan

Kali ni jom tengok Che Nom nak masak satu hidangan yang pasti mak-mak suka, orang bujang pun mesti suka punya lah sebabnya cepat dan mudah nak masak dan yang penting rasa pon sedap, iaitu ayam masak ketumbar. Kadang-kadang tu anak nak balik sekolah dan tak tau nak masak apa ha boleh lah cuba resepi ni.

Ayam kita goreng separuh masak kemudian masak dengan bahan-bahan tumis dan cili padi. Selepas tu perasakan dengan rempah biji ketumbar yang disangai, cukup harum baunya tu ditambah pula kuah pekat pedas secukup rasa.

Makan dengan nasi panas, dengan kicap, ada sambal belacan dgn ulam ke ha dah cukup dah.

Diterbitkan pada 26 Jun 202428.7K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru