
Nasi Goreng Cili Kering
Jom tengok Che Nom masak nasi goreng cili kering ataupun orang utara panggil nasi goreng cabai kering. Memang simple tapi itulah menu yang mengimbau kenangan dulu.
Kalau nak lebih authentic dari segi cara dan rasa kita kena tumbuk semua bahan-bahan menggunakan lesung batu, termasuk lah cili kering. Nanti bila goreng, akan nampak butiran kasar cili kering dan warna merah cili tu pun nmpk menyelerakan bila bergaul dengan nasi.
Dulu-dulu rumah kawan Che Nom, mak dia memang suka masa nasi goreng mcm ni, dan kami akan makan dengan kopi O kampung. Sedap sangat.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 3 biji bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- 2 sb ikan bilis (tumbuk)
- 1 inci belacan
- 10 tangkai cili kering
- 1 sk garam
- 3-4 cawan nasi
- 2 biji telur
- Kacang panjang
- 2 sk serbuk seasoning
- Minyak secukupnya
- Telur goreng
- Timun
- 1Potong kasar bawang merah dan bawang putih.
- 2Gunting cili kering, rendam dalam air panas kemudian bilas dengan air dan tapis kering.
- 3Bilas ikan bilis dan tos kering.
- 4Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan belacan (boleh ganti pati ikan bilis kalau alergik belacan). Keluarkan dan ketepikan.
- 5Tumbuk pulak cili kering dengan sedikit garam sampai halus.
- 6Potong kecil kacang panjang (size dadu).
- 7Goreng telur dan ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
- 8Tumis bahan tumbuk dan kacau sampai garing
- 9Masukkan cili kering tumbuk dan masak sampai garing.
- 10Pecahkan telur, tolak bahan tumisan ketepi dan masukkan telur. Kacau sikit biar telur hancur (scramble egg).
- 11Masukkan nasi dan kacau sebati. Tekan- tekan nasi kalau masih berketul.
- 12Masukkan serbuk seasoning (pilihan) dan kacang panjang.
- 13Besarkan api dan kerap kacau sampai nasi garing.
- 14Angkat dan hidang bersama ikan bilis goreng, telur goreng dan timun.
- •Selepas bilas ikan bilis, pastikan tos kering, supaya ikan bilis senang garing bila goreng nanti.
- •Masuk kacang panjang masa hujung-hujung (proses goreng nasi) untuk kekalkan kerangupan kacang panjang.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi brownies kedut yang padat, lembap, dan fudgy dengan permukaan berkilat yang cantik, dihasilkan tanpa menggunakan pengadun.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Terbaru

Bubur Chacha
Dessert klasik lemak manis penuh dengan tekstur cha cha kenyal, keledek lembut, jagung rangup, dan sagu jernih yang memikat selera.

Kari Kepala Ikan Jenahak
Resepi kari kepala ikan jenahak pekat dan padu, dengan tips tumis pecah minyak untuk aroma wangi semerbak macam di kedai mamak!

Ikan Siakap Masak Asam
Kuah pedas masam yang wangi dan seimbang, disajikan bersama ikan siakap goreng garing yang pasti membuka selera.

Mee Kari Putih Penang
Mee kari dengan kuah putih yang ringan dan jernih, dihidang bersama sambal tumis udang kering yang padu dan lazat.

Bihun Goreng Sarapan Pagi
Resepi bihun goreng yang mudah dan sedap, lengkap dengan tips supaya bihun lembut dan tidak hancur, sesuai untuk sarapan sekeluarga.

Ikan Kembung Bakar Air Asam Kerisik
Ikan kembung bakar wangi dicicah dengan air asam kerisik pedas masam yang padu, confirm bertambah nasi!
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...