Resepi Sambal Bilis Rangup
Sambal bilis rangup pedas manis yang mudah dan kos murah, memang ngam untuk sahur atau berbuka. Simpan lama pun bilis kekal rangup, sedap makan dengan nasi atau roti.

Bahan-bahan
Bahan Untuk Sambal Bilis Rangup/Garing
- 4-5 biji bawang merah kecil
- 20-25 tangkai cili kering
- 500g ikan bilis
- 1-2 sudu besar gula
- ½-1 sudu kecil serbuk lada sulah
- Sedikit garam
Cara Buat Sambal Bilis
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Sambal Bilis Rangup
- 1Gaul hirisan bawang merah dengan sedikit garam dan goreng sehingga perang dan garing.
- 2Goreng cili kering sehingga kelihatan keras dan gelap.
- 3Goreng ikan bilis sehingga keperangan dan garing.
- 4Kisar kasar cili kering, sedikit ikan bilis yang telah digoreng, gula, serbuk lada sulah, sedikit garam dan serbuk perasa (pilihan).
- 5Tambah sedikit gula
- 6Campur serta gaul sekata bahan kisar kasar dan bawang goreng dengan ikan bilis goreng.
- 7Kemudian, ikan bilis rangup siap untuk dihidang.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 10 orang
- Kalori
- 260 kcal
- Protein
- 30.5 g
- Karbohidrat
- 4 g
- Lemak
- 12.5 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 2 g
- Natrium:
- 1350 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak senaraikan minyak; dianggar 40 g diserap semasa goreng bilis dan 40 g untuk tumis sambal.
- Ikan bilis kering 500 g dikira ~330 kcal/100 g dengan natrium ~2500 mg/100 g.
- Satu hidangan ≈ 50 g bilis sambal sebagai lauk sampingan.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Sebelum mula menggoreng cili kering, tutup api bagi menggelakkan minyak meletup dan lebih terkawal semasa memasukkan cili kering. Kemudian, buka api semula jika sudah memasukkan semua cili kering dan kurang bunyi letupan minyak.
- Pastikan minyak gorengan bagi ikan bilis sebelum dimasukkan betul-betul panas dan perlahankan api selepas ikan bilis sudah dimasukkan supaya ikan bilis menjadi lebih garing,
Video
Pengenalan
Hi Semua, memandangkan tak lama lagi kita nak sambut bulan Ramadhan dan semua umat Islam akan menunaikan ibadat puasa, Che Nom nak share resepi yang sesuai sangat untuk kita buat persiapan pada waktu sahur atau berbuka puasa. Kos pun murah saja, dan cara masak pun mudah sangat.
Ada 2 resepi dalam video ni, pertama sambal bilis rangup sesuai di makan dengan nasi atau dengan roti pun boleh. Kalau untuk sambal bilis hijau tu boleh makan terus dgn nasi panas atau pun sesuai kalau nak masak nasi goreng express, rasa pun sedap.
Kedua-dua jenis sambal ni memang tahan lama kalau disimpan dan ikan bilis tu kekal rangupnya walaupun disimpan lama.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat

Resepi Kentang Wedges Air Fryer









