ResepiCheNom
Resepi Apam Nasi Che Nom

Resepi Apam Nasi Che Nom

Prep 3 jam 5 minMasak 35 minJumlah 3 jam 40 minHidangan 40 biji

Apam nasi ni lembut, gebu dan wangi yis, memang sedap makan dengan kelapa parut. Guna lebihan nasi sejuk, semua sukatan cawan sudu dan kisar je dalam blender.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Untuk Apam Nasi

  • 1 cawan /160g nasi± ¾ cawan + 2 sudu besar± ¾ cawan + 1 sudu besar(1 cawan /160g nasi)
  • 1 ½ cawan /275ml air1 ½ cawan /275ml air
  • 1 cawan /200g gula± 1 cawan± ¾ cawan + 4 sudu besar(1 cawan /200g gula)
  • 2 cawan /270g tepung beras± 2 cawan + 3 sudu besar± 2 cawan + 1 sudu besar(2 cawan /270g tepung beras)
  • 2 sudu besar /16g tepung gandum± 2 sudu besar± 2 sudu besar(2 sudu besar /16g tepung gandum)
  • 1 sudu kecil /3g yis kering1 sudu kecil /3g yis keringlebih tepat dalam gram
  • 1 paket ENO asli (pilihan)1 paket ENO asli (pilihan)
  • PewarnaPewarna
  • ½-1 biji kelapa parut½-1 biji kelapa parut
  • 1 helai daun pandan1 helai daun pandan

Cara Buat Apam Nasi

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Apam Nasi

  1. 1
    Masukkan nasi, air dan gula ke dalam blender dan kisar halus.
  2. 2
    Masukkan tepung beras, tepung gandum dan yis kering kemudian kisar lagi sehingga sebati.
  3. 3
    Perap adunan 3-5 jam atau semalaman.
  4. 4
    Sapu acuan dengan minyak masak.
  5. 5
    Masukkan ENO (pilihan) ke dalam adunan apam yang telah diperap dan kacau sebati.
  6. 6
    Bahagikan adunan kepada beberapa bekas (bilangan bekas bergantung kepada berapa warna yang anda nak letak).
  7. 7
    Masukkan pewarna makanan dan kacau sekata. Che Nom letak warna merah, hijau, biru dan putih (tidak dimasukkan pewarna).
  8. 8
    Balut penutup pengukus dengan kain (tidak perlu balut bagi yang menggunakan pengukus elektrik, bagi yang menggunakan pengukus klasik diwajibkan balut).
  9. 9
    Tuang air dan panaskan kukusan anggaran 5 minit.
  10. 10
    Masukkan adunan dalam acuan.
  11. 11
    Kukus apam selama 20-25 minit.
  12. 12
    Gaul hirisan daun pandan dan garam bersama kelapa parut, kemudian kukus selama 5-10 minit atau sehingga naik bau daun pandan.
  13. 13
    Hidang apam dengan kelapa parut.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
1 cawan /160g nasi bersamaan berapa cawan?
± ¾ cawan + 2 sudu besar (cawan US 240ml).
1 cawan /200g gula bersamaan berapa cawan?
± 1 cawan (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Untuk hilangkan pedas dalam blender, kisar 1 cawan air dan 1 sudu besar garam.
  • Tapis adunan apam dengan penapis jarang untuk tapis ketulan tepung.
  • Letak 1-2 titik sahaja pewarna kalau nak warna adunan pastel.
Tunjuk semua petua (4)
Petua & Panduan
  • Jangan buka penutup semasa mengukus, ia akan menggangu proses dan hasil apam nanti.
Video
Pengenalan

Kali ini Che Nom nak berkongsi resepi kuih tradisional atau kuih muih Melayu lah orang kata, iaitu apam nasi yang sangat lembut, gebu. dan sedap pulak tu. Lebihan nasi sejuk kalau dah boring asyik buat nasi goreng aja boleh lah cuba buat apam nasi pulak.

Resepi asal dari sahabat Che Nom iaitu kak Roha Hassan, dan hasil dari resepi ni memang seakan-akan sama macam apam yang Che Nom selalu makan di kampung dulu..dengan tekstur lembut nya, dengan cukup manis dan hasil perapan dari yis tu memang cukup sedap baunya. Makan pula dengan kelapa parut aduhai terasa macam berasa di kampung.

Sukatan semuanya dalam sudu dan cawan dan nak bancuh pun guna blender aja.

Diterbitkan pada 12 April 2022105.5K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru