Resepi Apam Nasi Pandan
Apam Pandan Mekar yang lembut, gebu dan beraroma pandan. Resepi ini menggunakan nasi sejuk dan tidak memerlukan Eno. Tips untuk mendapatkan apam yang mekar turut dikongsikan.

Bahan-bahan
Cara Buat Apam Nasi Pandan
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 12 biji
- Kalori
- 220 kcal
- Protein
- 2.5 g
- Karbohidrat
- 37.5 g
- Lemak
- 5.5 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 12.5 g
- Natrium:
- 270 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- 1 cawan nasi masak dianggar 180 g.
- Kelapa parut 1/2 biji dianggar 200 g (untuk cicah).
- 12 keping seperti dinyatakan.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1 cwn nasi bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 200g (cawan US 240ml).
- 3/4 cwn gula bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 150g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Tepung beras Che Nom guna Cap Teratai, hasil guna Cap ni memang elok dan gebu untuk apam.
- Kalau pakai pengukus klasik, penutup balut dengan kain untuk elak wap air jatuh.
- Sebelum kukus, kita kena kacau sampai hilang semua buih-buih besar barulah bila kukus nanti apam akan naik lagi sekali dan kembang mekar dengan cantik.
- Masa tuang masuk adunan dalam acuan, tutup dulu api pengukus takut melecur tangan kena steam.
- Apam kena tunggu sejuk dulu baru keluarkan dari acuan kalau tak apam akan melekat dekat tangan. Acuan pon kena penyet-penyet biar senang tanggal.
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom nak share resepi kuih yang sedap sangat, lembut gebu. Harum sangat bau dari pandan dan juga bau perapan yis, iaitu Apam Pandan mekar. Bukan itu saja, Che Nom nak tunjuk juga cara untuk dapatkan apam yang mekar kembang merekah dengan beberapa tips penting dan resepi ni juga tak perlu guna Eno.
Bahan-bahan senang aja nak sediakan yang terutamanya sekali kena ada , nasi sejuk, ha kalau ada lebihan nasi, dah jemu buat nasi goreng, boleh buat apam Pandan Mekar ni. Nasi kalau kita perap dengan yis dan bahan-bahan lain, proses fermentasi tu akan develop satu rasa dan bau yang enak.
Ratio tepung beras dan tepung gandum pon memainkan peranan penting tunuk hasil yang lembut dan liat-liat gebu macam apam kampung nenek-nenek kita buat dulu. Makan dengan kelapa parut berlemak masin, ha sedap sangat tak tau nak habaq.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









