Resepi Kuih Lapis Lemak Manis
Kuih lapis lemak manis bersantan ni wangi, lembut dan boleh tarik lapis satu-satu. Adunan mudah, cuma kena sabar kukus selapis demi selapis sampai jadi cantik.

Bahan-bahan
Bahan Kuih Lapis
- 2 cwn tepung beras
- ½ cwn tepung gandum
- ½ cwn tepung jagung
- 1 cwn santan kotak
- 3 cwn air
- 1 cwn gula
- 1 sudu kecil garam
- 2 helai daun pandan
- 1 sudu kecil pewarna merah
Cara Buat Kuih Lapis
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Kuih Lapis Lemak Manis
- 1Sapu loyang dengan minyak dan lapik dengan plastik.
- 2Gris pula minyak pada permukaan plastik.
- 3Dalam mangkuk, masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, dan garam. Kacau sebati kesemua bahan.
- 4Masak gula dengan air bersama simpulan daun pandan.
- 5Tuang campuran santan dengan air kedalam air gula pandan dan kacau sebati.
- 6Masukkan adunan santan dan air gula ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit. Kacau perlahan sehingga larut sekata.
- 7Sesudah kacau sekata, tapis adunan tepung.
- 8Bahagi adunan pada dua bahagian.
- 9Masukkan satu adunan dengan pewarna merah atau pati sirap.
- 10Kukus adunan secara berselang-seli mengikut warna selama 5-7 minit. Contohnya, kukus dahulu lapisan berwarna putih dan diikuti pula lapisan berwarna merah.
- 11Ulang sehingga habis adunan.
- 12Untuk lapisan akhir, kukus selama 10 minit.
- 13Sejukkan dan keluarkan kuih lapis daripada loyang.
- 14Kemudian, potong kuih kepada 8 atau 16 bahagian dan kuih lapis lemak manis siap untuk dihidang.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 16 biji
- Kalori
- 180 kcal
- Protein
- 2 g
- Karbohidrat
- 35.5 g
- Lemak
- 3 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 12.5 g
- Natrium:
- 140 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- Santan kotak 1 cawan dikira ~200 kcal/100 ml.
- 1 cawan gula dianggar 200 g.
- Air 3 cawan tidak menyumbang kalori.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 2 cwn tepung beras bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 320g (cawan US 240ml).
- ½ cwn tepung gandum bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 63g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Bahagi setiap warna kepada 4 bahagian dan kuih akan menjadi 8 lapisan. Tetapi jika mahukan 4 lapisan sahaja pun boleh, tidak perlu menunggu lama untuk kukus.
- Anggaran adunan adalah ¾ cawan untuk setiap lapisan.
- Untuk dapatkan lapisan atas kuih yang licin, buang dahulu buih-buih yang ada pada permukaan adunan sebelum dikukus.
- Gunakan pisau plastik untuk memotong kuih lapis bagi mengelakkan daripada melekat.
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom nak share cara buat kuih tradisional iaitu kuih lapis. Kuih lapis ni sedap sangat dengan rasa lemak manis bersantan. Kuihnya wangi dan lembut pulak tu. Kuih lapis yang betul-betul menjadi, kita mesti boleh tarik lapisan tu satu satu masa nak makan.
Nak sediakan adunan mudah saja, cuma effort masak tu lebih sikit sebab kita kena kukus selapis demi selapis. Tapi hasilnya berbaloilah berdiri lama kat depan steamer tu. Resepi ni juga sesuai digunakan untuk berniaga.
Loyang: 7x7 inci atau 8x8 inci
**Setiap lapis Che Nom sukat agak-agak 3/4 cawan
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









