Resepi Apam Mekar
Che Nom kongsi resepi apam mekar gerenti jadi, lembut dan gebu dengan mekar cantik. Ikut tips ni, buat untuk makan atau berniaga memang terbaik.

Bahan-bahan
Bahan Untuk Apam Mekar
- 1 1/3 cwn /150g tepung beras
- 2/3 cwn /85g tepung gandum
- 1/2 sk serbuk yis kering
- 1 1/2 cwn / 320ml santan
- 2/3 cwn /130g gula
- 1/4 sk garam
- 1 1/2 sk serbuk penaik
- 1-2 titik pati sirap ros atau pewarna
Cara Buat Apam Mekar
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Apam Mekar
- 1Sukat masuk tepung beras, tepung gandum dan yis kering dalam mangkuk. Ketepikan.
- 2Santan Che Nom guna santan kotak 200ml dan tambah air ½ cawan / 120ml.
- 3Masuk santan, air dan gula dalam kuali dan masak atas api kecil. Kacau sebati.
- 4Masukkan garam dan masak sampai suam dan gula cair.
- 5Bila gula dah cair tutup api dan sejukkan.
- 6Kacau sebati adunan kering dan masukkan adunan santan sedikit demi sedikit. Kacau sebati kesemua bahan.
- 7Bila adunan dah sebati, tutup dan perap adunan anggaran 30 minit.
- 8Selepas perap, kacau adunan sampai hilang gelembung anggaran 2-3 minit.
- 9Masukkan baking powder dan sambung kacau sampai sebati.
- 10Asingkan sedikit adunan (untuk warna plain) dan selebihnya masukkan pati sirap ros atau pewarna.
- 11Untuk acuan Che Nom guna acuan lompang saiz 5cm.
- 12Kukus kosong acuan anggaran 7-10 minit.
- 13Kacau adunan dan tuang masuk adunan dalam acuan sampai penuh.
- 14Tutup dan kukus anggaran 20 minit.
- 15Sejukkan anggaran 5-10 minit sebelum keluarkan apam dari acuan.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 15 biji
- Kalori
- 130 kcal
- Protein
- 1.5 g
- Karbohidrat
- 21.5 g
- Lemak
- 4 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 8.5 g
- Natrium:
- 170 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- Semua sukatan gram/ml dalam resepi digunakan terus; 15 biji seperti dinyatakan.
- Santan dikira ~180 kcal/100 ml.
- Natrium datang dari 1/4 sudu kecil garam dan 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1 1/3 cwn /150g tepung beras bersamaan berapa cawan?
- ± ¾ cawan + 3 sudu besar (cawan US 240ml).
- 2/3 cwn /85g tepung gandum bersamaan berapa cawan?
- ± ⅔ cawan (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Sebelum kukus pastikan balut tudung pengukus dengan kain untuk elak air menitik atas apam.
- Pastikan adunan santan suam sebelum tuang masuk dalam adunan kering, takut yis mati dan apam bantat nanti.
- Tips untuk apam kembang elok, jangan gris acuan tapi kukus kosong acuan selama 7-10 minit.
- Sebelum masuk adunan dalam acuan, kacau dulu setiap kali nak tuang untuk hilangkan gelembung.
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom kongsi resepi apam mekar yang gerenti jadi dan cantik mekarnya.
Ada beberapa tips penting untuk dapatkan apam mekar yang lembut, gebu dan pecah merekah dengan sempurna.
Kalau buat berniaga memang terbaik.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









