Resepi Kuih Kaswi Pandan
Kuih Kaswi Pandan ni wangi pandan asli, manis berlemak dan tekstur kenyal lembut bergedik. Bancuh, kukus, lepas tu gaul kelapa parut kukus atau makan begitu saja.

Bahan-bahan
Cara Buat Kuih Kaswi Pandan
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 10 biji
- Kalori
- 310 kcal
- Protein
- 3.5 g
- Karbohidrat
- 53 g
- Lemak
- 9.5 g
- Serat:
- 2 g
- Gula:
- 20.5 g
- Natrium:
- 380 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- Kelapa parut salutan (1/2 biji ~175 g) menyumbang hampir semua lemak.
- Gula 1 cawan (200 g) dibahagi 10 keping.
- Garam pada kelapa kukus dianggar 1.5 sudu kecil.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 2 cwn tepung gandum bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 250g (cawan US 240ml).
- 1 cwn tepung ubi bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 120g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Adunan kuih kaswi mudah mendap jadi selepas pindah adunan kedalam loyang, terus kukus ataupun kacau sikit dengan whisk dan cepat-cepat kukus.
- Sebelum kukus balut tudung pengukus (kalau pengukus klasik) untuk kurangkan air menitik kedalam loyang masa kukus. Kalau tak nak balut boleh tutup loyang dengan aluminium foil.
- Resepi kuih kaswi ni dah cukup manis dan berlemak, kalau sesiapa yang nak makan macam tu je, tak nak gaul dengan kelapa parut pon sesuai dan masih sedap.
Video
Pengenalan
Resepi kali ini ialah Kuih Kaswi Pandan. Siapa peminat kuih-kuih yang berasakan pandan, wajib cuba resepi ni. Caranya mudah sahaja, kita perlu bancuh adunan dengan jus pandan asli kemudian kukus dan gaul pula dengan kelapa parut yang dikukus.
Kuih kaswi pandan ni cukup manis dan berlemak rasanya. Bau wangi dari pandan asli memang terbaik. Nak makan kuih tanpa gaul kelapa pun boleh sebab nya sedap dimakan begitu sahaja. Tekstur kuih agak kenyal tapi masih lembut bergedik. Nak buat berniaga dalam pek-pek yang kecil pon sesuai.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









