Resepi Kaswi Pandan
Jom buat Kaswi Pandan viral bentuk swirl comel, kenyal tapi lembut dan sedap. Guna gabungan tepung gandum & tepung ubi, senang keluar acuan dan tahan lama.

Bahan-bahan
Cara Buat Kaswi Pandan
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 20 hidangan
- Kalori
- 110 kcal
- Protein
- 1 g
- Karbohidrat
- 18.5 g
- Lemak
- 3.5 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 7.5 g
- Natrium:
- 70 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak nyatakan bilangan; 395 g tepung+gula dianggarkan 20 biji kuih kecil.
- Kelapa parut salutan (1/2 biji, ~150 g) dikira penuh.
- Air pandan tidak menyumbang kalori.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1 cwn /130g tepung gandum bersamaan berapa cawan?
- ± 1 cawan + 1 sudu besar (cawan US 240ml).
- 1 cwn /115g tepung ubi bersamaan berapa cawan?
- ± ¾ cawan + 3 sudu besar (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Kalau nak kisar daun pandan dengan 1 cawan air pon boleh tapi masa bancuh adunan, tambah air putih 1 cawan atau santan cair 1 cawan.
- Untuk dapat texture kuih kaswi yang kenyal, kita kena guna air bancuhan kapur makan.
- Che Nom suka guna bekas kecil untuk senang tuang adunan dalam acuan, kalau guna jug besar takut mudah tumpah dan lagi satu kita tak boleh tuang dari jarak yang dekat.
- Sebelum tuang adunan dalam acuan pastikan kerap kacau untuk elak mendapan.
- Penutup kukusan boleh balut dengan kain untuk elak wap jatuh.
Video
Pengenalan
Kali ni jom tengok Che Nom nak sediakan kuih kaswi viral. Kenapa viral ntah la, sebab cantik kot bentuk swirl kecik-kecik ni. Kuih kaswi versi ni lebih kenyal dan kekal bentuknya, tapi tetap lembut dan sedap.
Kita gunakan 2 jenis tepung iaitu tepung gandum dan tepung ubi. Gabungan tepung tu buatkan kuih jadi kenyal dan lembut. Memang gedik-gedik jadinya. Senang aja nak keluarkan dari acuan. Kuih pon tahan lama tak mudah basi. Sesuai untuk dibuat tempahan berniaga. Resepi pon mudah aja.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









