
Puding Karamel
Siapa suka makan pudding caramel? Kali ni Che Nom nak share resepi puding caramel kegemaran Che Nom. Bahan-bahannya tak susah nak cari iaitu telur, susu, gula dan ada lah 1-2 lagi bahan lain. Cuma cara nak sediakan tu kena bagi perhatian sikit.
Mula-mula kita buat lapisan caramel dan kedua, kita sediakan adunan puding yang menggunakan telur. Ada satu proses dipanggil tempering, penting untuk hasilkan texture puding caramel yang smooth and silky. Memang nyaman lalu kat anak tekak dengan rasa manis gula caramel.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1/3 cawan gula (**abaikan sukatan 1/2 cawan dlm video)
- 2 sb air
- 2 cawan susu full cream
- ½ cawan gula
- 1 sk esen vanila
- 4 biji telur saiz B
- 1 kuning telur
- Secubit garam
- 1Masak gula dengan air sehingga gula cair dan naik buih.
- 2Apabila sudah keperangan, masukkan gula caramel kedalam loyang dan ratakan karamel pada permukaan loyang.
- 1Kacau perlahan telur dan kuning telur, lalu masukkan esen vanila.
- 2Masak susu full cream, gula dan secubit garam. Masak sehingga naik asap, berbuih sedikit dan tidak perlu masak sehingga mendidih.
- 3Tuang adunan susu suam kedalam telur sedikit demi sedikit sambil mengacau perlahan adunan.
- 4Tapis adunan puding, lalu tuangkan kedalam loyang lapisan karamel dengan perlahan.
- 5Tutup loyang dengan aluminium foil, dan masak puding karamel samada dengan cara mengukus atau membakar.
- 6Bagi kaedah water bath dan bakar, masukkan loyang kedalam loyang yang lebih besar lalu tuang air panas kedalam loyang besar.
- 7Bakar puding karamel pada suhu 160˚ dalam anggaran selama 50 minit.
- 8Kemudian, sejukkan dalam peti sejuk dalam beberapa jam ataupun semalaman.
- 9Lorekkan bahagian tepi puding lalu terbalikkan puding karamel untuk dihidang.
- •Ketika masak lapisan karamel, tidak perlu mengacau air gula sehinggalah gula menjadi keperangan. Bagi mengelakkan gula berketul, sapu air di tepi dalam kuali.
- •Jika mahukan rasa karamel yang lebih pahit, masak air gula sehingga menjadi perang gelap tetapi jika tidak mahu, masak sehingga warna air gula bertukar kepada perang muda sahaja.
- •Proses tempering ini berlaku apabila kita mengawal suhu dengan memasukkan adunan susu suam sedikit-sedikit kedalam telur. Cara ini bagi mengelakkan telur menjadi masak dan campuran adunan susu dan telur menjadi berketul-ketul.
- •Tuang adunan puding perlahan-perlahan bagi mengelakkan terjadinya buih, Jika berbuih, buang atau pecahkan buih yang ada.
- •Untuk tahu puding karamel sudah masak, puding tidak akan melekat pada pisau apabila dicucuk.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
31 Disember 2025

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
30 Disember 2025

Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
30 Disember 2025

Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
30 Disember 2025

Dulu Nak Jadi Pramugari, Tapi Mak Kata Tak Ada Gaya Lembut
30 Disember 2025

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
29 Disember 2025
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat

Ayam Sambal Berlada






