ResepiCheNom
Peria Goreng Rangup

Resepi Peria Goreng Rangup

Prep 10 minMasak 20 minJumlah 30 min

Peria goreng rangup ala mamak yang sedap dan tak pahit sangat. Che Nom kongsikan tips goreng supaya salutan kekal rangup lebih lama.

Bahan-bahan

Bahan Untuk Peria Goreng

  • ¼ kiub ayam¼ kiub ayam
  • sedikit garamsedikit garam
  • 1 biji telur1 biji telur
  • 4-5 biji peria katak4-5 biji peria katak
  • 1 ½ sudu besar tepung beras1 ½ sudu besar tepung beras
  • 1 ½ sudu besar serbuk cili1 ½ sudu besar serbuk cili
  • ¼ sudu kecil garam¼ sudu kecil garam
  • 2 sudu besar tepung gandum2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung atau tepung ubi1 sudu besar tepung jagung atau tepung ubi
  • ½ sudu kecil lada hitam½ sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu besar santan pekat1 sudu besar santan pekat
  • air sejuk, secukupnya untuk kepekatan salutanair sejuk, secukupnya untuk kepekatan salutan
  • ¼ sudu kecil baking powder¼ sudu kecil baking powder

Cara Buat Peria Goreng

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Peria Goreng Super Rangup

  1. 1
    Hiris nipis peria katak.
  2. 2
    Masukkan tepung beras, serbuk cili, sedikit garam sekaligus didalam mangkuk dan kacau. Kemudian, celup dan salut kepingan peria dengan dengan bahan tersebut.
  3. 3
    Bagi bancuhan salutan, masukkan tepung gandum, tepung jagung atau tepung ubi, kiub ayam, serbuk lada hitam, garam dan lebihan salutan tepung peria (jika ada). Lalu, masukkan telur dalam adunan dan santan pekat (pilihan).
  4. 4
    Bancuh adunan dengan air sejuk dan kacau sehingga kesemua bahan sekata.
  5. 5
    Tambah sudu kecil baking powder (pilihan) dan tambah air sejuk jika adunan terlalu pekat.
  6. 6
    Panaskan minyak dan gunakan api yang sederhana untuk menggoreng.
  7. 7
    Celup kepingan salutan peria kedalam adunan dan goreng dengan masa yang lama serta mengacaunya dengan kerap sehingga ia cukup kekuningan.
  8. 8
    Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak. Kemudian, peria goreng super rangup siap dihidang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Bagi mengurangkan rasa pahit peria, gaulkan ia dengan sedikit garam selama 10-15minit. Kemudian, bilas dengan air dan keringkan peria.
  • Peria goreng yang rangup adalah daripada cara gorengan yang betul dengan api yang sederhana dan kerap kacau. Jika menggunakan api yang kuat ia mengakibatkan peria masak perang di luar tapi dalam masih lembik dan erangupan juga tak bertahan lama.
Video
Pengenalan

Resepi peria goreng yang sangat rangup dan sedap.

Che Nom rujuk kepada blog Allahyarham Mamak Haji, yang memang tak pernah lokek berkongsi ilmu masakan,memang sumber rujukan tetap kalau nk belajar masakan style mamak.

Dalam video juga Che Nom kongsikan TIPS untuk cara gorengan supaya peria goreng kita tu nanti tahan lama rangupnya.

Diterbitkan pada 23 Mac 202119.1K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru