ResepiCheNom
Cucur Kentang Rangup

Resepi Cucur Kentang Rangup

Prep 25 minMasak 20 minJumlah 45 minHidangan 20 biji

Resepi ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba kelainan dari cucur jagung atau pisang. Kentang yang dipotong menghasilkan cucur yang rangup dan manis. Resepi ini juga sesuai untuk anak-anak yang susah makan sayur, mudah disediakan, murah dan boleh dinikmati ramai-ramai.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 4 biji kentang4 biji kentang
  • 1-2 daun bawang1-2 daun bawang
  • 1/2 biji bawang merah besar1/2 biji bawang merah besar
  • 2 tangkai cili besar merah2 tangkai cili besar merah
  • Lobak merahLobak merah
  • 1 1/2 cwn tepung gandum1 1/2 cwn tepung gandum
  • 2 sb tepung beras2 sb tepung beras
  • 1 gengam ikan bilis1 gengam ikan bilis
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • Sedikit gulaSedikit gula
  • Air sejukAir sejuk
  • 1 biji telur1 biji telur
  • Minyak masak (untuk goreng)Minyak masak (untuk goreng)

Cara Buat Cucur Kentang

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Kupas kentang dan rendam dalam air sekejap.
  2. 2
    Potong daun bawang, bawang besar dan cili besar merah.
  3. 3
    Kupas kulit carrot dan parut.
  4. 4
    Kentang potong memanjang tapi halus (julienne cut), boleh parut kalau ada pemarut kasar.
  5. 5
    Ikan bilis basuh dan tumbuk kasar.
  6. 6
    Gaul sebati kentang, carrot, cili, bawang merah, daun bawang, tepung gandum, tepung beras, ikan bilis, garam dan gula.
  7. 7
    Tambah masuk air sejuk dan telur kemudian bancuh sampai dapat adunan yang pekat.
  8. 8
    Panaskan minyak dan goreng cucur sampai garing.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kalau potong kentang awal, rendam dulu kentang sebab takut nanti kentang teroksida dan jadi gelap.
  • Adunan jangan cair sangat sebab nanti air dari kentang akan keluar, lama-lama adunan akan jadi cair sikit dengan sendiri.
  • Goreng jangan penuh-penuh, biar ada jarak baru cucur ranggup sebab minyak masih kekal panas.
Tunjuk semua petua (4)
Petua & Panduan
  • Mula-mula goreng jangan alih lagi, tunggu keras sikit baru mula kacau, takut hancur dan serap minyak.
Video
Pengenalan

Untuk penggemar cucur goreng, kali ni Che Nom nak share satu lagi variasi resepi cucur yang best iaitu cucur kentang rangup. Biasanya untuk cucur kita guna jagung lah, pisang lah, kali ni kita letak ubi kentang. Memang sedap sebab ada rasa manis-manis kentang bila masak, dan cara potong pon akan buatkan hasil cucur kita tu kasar-kasar dan rangup hasilnya.

Selain kentang, Che Nom campur juga dengan sayur yang lain, banyak khasiat, banyak fiber. Jadi kalau yang ada anak susah nak makan sayur, boleh cuba buat cucur goreng macam ni. Dah goreng rangup-rangup, panas-panas pulak tu hah laju je makan. Bahan pon mudah nak cari, kos pon murah, menu yang sangat sesuai hujung bulan. Sekali goreng boleh makan ramai-ramai, cicah sos Thai, memang terbaik.

Diterbitkan pada 25 Januari 202419.9K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru