
Resepi Cendawan Tiram Goreng Rangup
Cendawan tiram goreng rangup guna tepung berempah segera, senang dan cepat siap. Sedap makan dengan nasi atau jadi kudapan minum petang, memang layan.
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 mangkuk cendawan tiram
- 1 biji telur
- 1 mangkuk tepung goreng berempah segera
- minyak, untuk menggoreng
Cara Buat Cendawan Tiram Goreng
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan minyak di dalam kuali.
- 2Bersihkan cendawan tiram dan lap dengan tisu atau kitchen towel sehingga kering. Kemudian carikkan, tetapi jangan terlalu kecil.
- 3Pecahkan telur di dalam mangkuk dan pukul sebati.
- 4Dalam mangkuk yang berasingan, tuang tepung goreng berempah segera cukup sekadar untuk disalutkan cendawan. Tepung TIDAK perlu dibancuh.
- 5Celup cendawan dalam telur (mangkuk pertama) dan golekkan cendawan di dalam tepung goreng berempah (mangkuk kedua).
- 6Goreng di dalam minyak panas sehingga kekuningan dan rangup. Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak.
Nilai Nutrisi (Anggaran)
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 4 hidangan
- Kalori
- 210 kcal
- Protein
- 5 g
- Karbohidrat
- 17 g
- Lemak
- 14 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 0.5 g
- Natrium:
- 390 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Semua sukatan dalam 'mangkuk'; cendawan dianggar 200 g dan tepung berempah 150 g.
- Hanya ~50% tepung salutan melekat; bakinya dibuang.
- Minyak goreng dalam dikira 15% serapan pada salutan tepung.
- Resepi tidak nyatakan bilangan hidangan; dianggar 4.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Resepi Cendawan Tiram Goreng Rangup untuk sesiapa yang inginkan kelainan dalam masakan sayur cendawan dan juga mudah untuk disediakan. Che Nom hanya gunakan tepung berempah segera yang digunakan untuk menggoreng ayam. Anda boleh pilih mana-mana jenama yang disukai atau yang mudah diperolehi.
Bahan-bahannya pun mudah sahaja. Keluarga Che Nom memang sangat sukakan cendawan tiram goreng rangup ni. Sesuai dihidangkan bersama lauk makan tengah hari atau sebagai kudapan minum petang. Selamat mencuba :)
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat

Resepi Kentang Wedges Air Fryer

Resepi Ayam Penyet Sambal Ijo (Cara Gerai Indonesia)

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Gaya Restoran Thai

Resepi Keropok Lekor Homemade: Lembut, Kenyal & Tak Liat








