Langkau ke kandungan
RESEPIChe Nom.

Resepi Epok-Epok Atau Karipap Sayur

Prep 1 jam 10 minMasak 35 minJumlah 1 jam 45 minHidangan 18 biji

Resepi Karipap Sayur dengan inti sayur yang mudah disediakan. Kulit karipapnya rangup dan gebu. Sedap dihidangkan bersama sos cili.

Epok-epok atau Karipap Sayur

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Inti

  • 1/4 biji kubis1/4 biji kubis
  • 1/2 biji sengkuang1/2 biji sengkuang
  • 1/2 batang lobak merah1/2 batang lobak merah
  • 2 ulas bawang putih2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah kecil2 biji bawang merah kecil
  • 2 sb udang kering2 sb udang kering13g
  • 1 sk gula1 sk gula4g
  • 1/2 sk garam1/2 sk garam3g
  • Sedikit minyak masakSedikit minyak masak

Bahan Kulit Epok-Epok

  • 1/2 cwn minyak masak1/2 cwn minyak masak109g
  • 3 sb majerin3 sb majerin41g
  • 1 sk garam1 sk garam6g
  • 4 cwn / 500g tepung gandum± 4 cawan± 3 ¾ cawan + 2 sudu besar(4 cwn / 500g tepung gandum)
  • 3/4 cwn air sejuk3/4 cwn air sejuk180g

Bahan Kuah Sos Cili

  • 4 biji cili merah besar4 biji cili merah besar
  • *boleh tambah cili padi*boleh tambah cili padi
  • 2 ulas bawang putih2 ulas bawang putih
  • 1/2 cwn sos cili Thai1/2 cwn sos cili Thai170g
  • 1 sb gula1 sb gula13g
  • Sedikit perahan limau nipisSedikit perahan limau nipis
  • 3-4 sb air bancuhan tepung jagung3-4 sb air bancuhan tepung jagung
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa

Cara Buat Epok-Epok Sayur

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Epok-Epok

  1. 1
    Potong kobis dan sengkuang, carrot parut halus.
  2. 2
    Cincang halus bawang putih dan bawng merah kecil.
  3. 3
    Rendam udang kering 15 minit kemudian tumbuk halus.
  4. 4
    Panaskan minyak dan tumis bawang dan udang kering sampai garing.
  5. 5
    Masukkan sengkuan, kobis, garam dan gula. Kacau sampai sayur layu.
  6. 6
    Akhir sekali masukkan carrot, kacau sekejap dan tutup api.
  7. 7
    Tapis inti sayur dan ketepikan dulu.

Doh

  1. 1
    Panaskan minyak masak dan majerin sampai mendidih.
  2. 2
    Gaul tepung gandum dan garam halus.
  3. 3
    Kemudian tuang minyak dan majerin kemudian gaul sampai berderai macam bread crumbs.
  4. 4
    Tuang masuk air sejuk sikit-sikit dan uli sampai jadi doh yang lembut.
  5. 5
    Tutup dan perap doh dalam peti sejuk ½ jam.
  6. 6
    Uli balik doh 1-2 minit.
  7. 7
    Bahagi setiap satu doh 28-30g, bulat dan leperkan.
  8. 8
    Letak inti sayur, lipat dua dan kelim kulit doh.
  9. 9
    Sejukkan dalam chiller sebelum goreng.
  10. 10
    Panaskan minyak dan goreng karipap.

Sos Cili

  1. 1
    Kisar kasar cili merah, bawang putih dan sedikit air.
  2. 2
    Masak sampai mendidih bahan kisar tadi dengan sos cili thai, gula, jus limau dan air bancuhan tepung jagung.
  3. 3
    Bila dah pekat, boleh tutup api dan sedia untuk dihidang.

Anggaran nutrisi

Setiap 1 biji · resepi untuk 18 biji

Kalori
270 kcal
Protein
3.5 g
Karbohidrat
28 g
Lemak
16 g
Serat:
2 g
Gula:
3 g
Natrium:
380 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
  • Termasuk sos cili cicah (1/2 cawan sos cili Thai) dibahagi 18.
  • Minyak goreng dalam dikira 10% daripada ~1.2 kg epok-epok.
  • Kubis 1/4 biji ~250 g, sengkuang 1/2 biji ~200 g.

Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.

Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 sb udang kering bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 13g (cawan US 240ml).
1 sk gula bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 4g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak

Petua & Panduan

  1. Sayur Che Nom hiris sederhana nipis sebab nak ada texture lagi lepas masak, kalau halus sangat lebur pulak kan.
  2. Boleh ganti udang kering dengan udang segar, isi ayam atau kiub ikan bilis. Kalau vegetarian boleh letak tauhu goreng.
  3. Masukkan air sejuk sikit-sikit dalam doh, jangan tuang air sekali gus nanti jadi adunan lempeng pulak.
  4. Masa kelim karipap, pastikan udara dalam karipap dikeluarkan baru goreng.
  5. Kalau suka karipap yang berjerawat, boleh goreng dalam minyak panas. Kalau suka kulit yang lincin, goreng dalam minyak suam-suam.
  6. Minyak kena tenggelam baru cantik hasil gorengan tu.
  7. Boleh frozenkan, caranya goreng separuh masak kemudian frozenkan atau pun jangan goreng lagi, susun jarak-jarak dan bekukan lepas tu baru susun dalam bekas.
Video
Pengenalan

Kali ni Che Nom nak share resepi karipap yang berintikan sayur atau biasanya dipanggil epok-epok sayur. Epok-epok dengan karipap tu sama je sebenarnya kan. Biasa kita buat karipap buat inti kentang je. Kali ni tukar letak sayur, boleh campur macam-macam jenis sayur yang kita suka.

Caranya sayur dimasak sekejap aje dengan bahan-bahan penambah rasa. Kulitnya pulak guna bahan-bahan biasa aja tapi hasil nya tu cukup rangup, gebu, tak liat dah sejuk pon masih lagi rangup.

Nak buat pun mudah je, boleh simpan frozen. Kebiasaannya epok-epok sayur ni dihidangkan bersama kuah sos cili, itu yang special. Kalau buat minum petang time cuti-cuti sekolah ni, seronok juga makan dgn anak-anak.

Diterbitkan pada 17 April 202414K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Terbaru