
Pak Choy Tumis Sos Tiram
Resepi Pak Choy Tumis Sos Tiram, menu sayur yang mudah dan cepat disediakan. Cuma celur sayur dan tuang kuah ke atas sayur dan siap dihidangkan. Untuk mendapatkan sayur yang sedap, jangan dicelur terlalu lama kerana tekstur sayur haruslah masih rangup semasa dihidangkan. Itu yang membuatkan rasa masakan sayur ini sedap dan special.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 4-5 pokok sayur Pak Choy
- 4 sudu besar sos tiram
- 2 ulas bawang putih, cincang halus
- satu hirisan nipis halia, cincang halus
- sedikit serbuk pati ayam atau pati ikan bilis
- 1 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- sedikit bawang goreng
- hirisan cili api
- 1Panaskan air di dalam periuk atau kuali sehingga mendidih dan masukkan secubit garam. Celur sayur Pak Choy cukup sekadar layu kemudian tapis air.
- 2Masukkan pula air sejuk ke dalam sayur untuk hentikan proses memasak dan mengelakkan sayur menjadi pucat dan tidak segar. Tapis kembali, potong batang sayur dan susun di atas pinggan.
- 3Untuk masak kuah, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta halia sehingga kekuningan dan naik bau.
- 4Masukkan sos tiram, pati ayam dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih dan masukkan pula air bancuhan tepung jagung tadi supaya kuah menjadi pekat. Perasakan dengan gula secukup rasa.
- 5Tuang kuah sos tiram dan tabur bawang goreng bersama hirisan cili jika suka.
- •Che Nom tidak masukkan garam ke dalam kuah sos tiram kerana sos tiram dan serbuk pati ayam sudah masin rasanya.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Bendi Goreng Bercili
Bendi Goreng Bercili yang mudah disediakan tetapi sangat sedap. Bendi ini tidak harus digoreng terlalu lama kerana nanti...
Diterbitkan pada 28 Januari 2019

Sayur Bayam Tumis Air
Resepi Sayur Bayam Tumis Air yang cukup mudah dan juga sangat berkhasiat. Untuk resepi ini Che Nom gunakan udang segar, ...
Diterbitkan pada 18 Julai 2016

Pajeri Terung Sedap Kuah Pekat Berempah
Pajeri Terung, resepi yang mudah tapi cukup menambahkan selera. Rahsia kesedapan pajeri terung ini adalah pada beberapa ...
Diterbitkan pada 3 April 2021

Cendawan Tiram Goreng Rangup
Resepi Cendawan Tiram Goreng Rangup untuk sesiapa yang inginkan kelainan dalam masakan sayur cendawan dan juga mudah unt...
Diterbitkan pada 13 September 2015

Kobis Goreng Ala Mamak
Resepi Kobis Goreng Ala Mamak yang sangat mudah disediakan. Oleh kerana suka sangat makan sayur yang dimasak macam ni ka...
Diterbitkan pada 4 April 2018

Bayam Goreng Sos Tiram
Resepi Sayur Bayam Goreng Sos Tiram, masakkan ringkas yang sangat sedap jika digandingkan dengan lauk seperti ikan goren...
Diterbitkan pada 25 Julai 2018
Resepi Terbaru

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.