Resepi Bayam Goreng Sos Tiram
Bayam goreng sos tiram ni resepi sayur paling ringkas tapi sedap padu, lagi best makan dengan ikan goreng dan sambal belacan. Confirm nasi bertambah.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 ikat sayur bayam
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu besar sos tiram
- sedikit kicap
- 1 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- cili padi, tumbuk kasar
Cara Buat Bayam Goreng Sos Tiram
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Bersihkan bayam, potong dan asingkan bahagian daun dan batangnya.
- 2Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan.
- 3Masukkan bahagian batang bayam bersama sos tiram. Tuang sedikit kicap jika suka.
- 4Masukkan pula sayur bayam bahagian daun dan kacau sehingga layu.
- 5Tuang air bancuhan tepung jagung tadi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam secukupnya. Tambah sedikit air jikan anda ingin lebihkan kuah.
- 6Angkat dan tabur dengan sedikit bawang goreng untuk hiasan.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 2 orang
- Kalori
- 180 kcal
- Protein
- 4.5 g
- Karbohidrat
- 12.5 g
- Lemak
- 13 g
- Serat:
- 3 g
- Gula:
- 2.5 g
- Natrium:
- 1000 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak senaraikan minyak walaupun digoreng — dianggar 2 sudu besar.
- 1 ikat bayam dianggar 250 g.
- Sos tiram 2 sudu besar dan 'sedikit kicap' (1 sudu besar) adalah punca natrium.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Untuk basuh sayur bayam supaya betul-betul bersih, rendam dalam air seketika supaya pasir yang melekat di bayam mudah hilang jika dicuci.
Pengenalan
Resepi Sayur Bayam Goreng Sos Tiram, masakkan ringkas yang sangat sedap jika digandingkan dengan lauk seperti ikan goreng dan sambal belacan.
Pasti akan bertambah-tambah nasi.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









