Langkau ke kandungan
RESEPIChe Nom.

Resepi Pajeri Nenas

Prep 15 minMasak 20 minJumlah 35 min

Pajeri Nenas versi utara yang lemak manis, kuah pekat dengan aroma rempah dan santan. Sedap makan dengan nasi panas, memang membuka selera.

Pajeri Nenas

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 1 biji nenas, saiz kecil1 biji nenas, saiz kecil
  • 1 bungkus kecil sebuk kari ikan/daging1 bungkus kecil sebuk kari ikan/daging
  • 4 biji bawang merah, ditumbuk kasar4 biji bawang merah, ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
  • 1 sudu besar udang kering ATAU ikan bilis, ditumbuk kasar1 sudu besar udang kering ATAU ikan bilis, ditumbuk kasar
  • 2 sudu besar kerisik2 sudu besar kerisik
  • 2 cawan santan pekat2 cawan santan pekat
  • 1 inci halia, hiris nipis1 inci halia, hiris nipis
  • 1 senduk minyak1 senduk minyak
  • Gula dan garam secukup rasaGula dan garam secukup rasa

Bahan Untuk Rempah Tumis

  • 1 batang kulit kayu manis1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang2 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu teh halba campur1 sudu teh halba campur

Cara Buat Pajeri Nenas

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Kupas kulit nenas dan potong membulat anggran tebal 1.5cm setiap hirisan.
  2. 2
    Masak air sehingga mendidih dan rebus nenas seketika (4-5 minit) supaya masam dari nenas dapat dikurangkan. Angkat dan toskan.
  3. 3
    Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah tumis. Kacau sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan air dan masak sehingga pecah minyak.
  4. 4
    Masukkan udang kering dan kacau seketika. Masukkan sedikit air jika rempah terlalu kering untuk elakkan dari cepat hangus.
  5. 5
    Masukkan nenas, masak sehingga nenas lembut.
  6. 6
    Masukkan pati santan, kerisik, garam dan gula secukup rasa.
  7. 7
    Masak sehingga kuah menjadi pekat.

Anggaran nutrisi

Setiap 1 hidangan · resepi untuk 8 hidangan

Kalori
240 kcal
Protein
3 g
Karbohidrat
15 g
Lemak
19.5 g
Serat:
2 g
Gula:
8.5 g
Natrium:
360 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
  • Resepi tidak nyatakan bilangan; sebagai lauk, 1 biji nenas + 2 cawan santan dianggarkan 8 hidangan.
  • Nenas kecil dianggar 700 g keseluruhan, ~450 g isi boleh dimakan.
  • Santan pekat 2 cawan dan 1 senduk minyak menyumbang hampir semua lemak.
  • Gula "secukup rasa" dianggar 2 sudu besar.

Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.

Bantuan Semasa Memasak

Petua & Panduan

  1. Lebihkan gula kerana pajeri lebih sedap jika manis.
Video
Pengenalan

Resepi Pajeri Nenas

kegemaran orang dari utara Malaysia.

Diterbitkan pada 5 Mac 201433.9K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Terbaru