Pajeri Nenas
Pajeri Nenas resepi dari mak Che Nom sendiri…Bagi sesiapa yang tak pernah makan pajeri, pajeri tu macam kari sebenarnya, cuma bahan-bahan kuahnnya ada sedikit berbeza dari kari melayu yg biasa. Rasa kuah pun mestilah manis, tu ciri utama masakan pajeri. Lauk favourite orang sebelah utara ni, kalau makan dengan ikan kering, sambal belacan dan ulam, memang sedap sangat.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1/2 cawan minyak masak
- 1 biji nenas
- 4 biji bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 batang kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- **boleh juga tambah bunga cengkih dan buah pelaga
- 1 tangkai daun kari
- 3 sudu besar serbuk kari daging
- sedikit air
- 50g ikan bilis (anggaran 1/2 cawan)
- 1 sudu besar udang kering
- **boleh gunakan ikan bilis sahaja atau udang kering sahaja
- 1/2 cawan santan (atau 1/2 kotak santan)
- 2-3 sudu besar kerisik
- Anggaran 2 sudu besar gula
- garam secukup rasa
- 1Hiris nipis bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
- 2Potong nenas sedikit tebal, jangan terlalu nipis.
- 3Bancuhkan rempah kari daging dengan sedikit air.
- 4Tumbuk halus ikan bilis dan udang kering.
- 5Panas kan air dan celur nenas yang dipotong dalam air panas mendidih selama 2-3 minit. Kemudian, toskan air.
- 6Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan hiris nipis, 1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang dan sedikit halba campur serta setangkai daun kari. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
- 7Masukkan bancuhan rempah, bahan tumbuk dan air. Masakkan sehingga pecah minyak.
- 8Masak sehingga kering dan berulang tambah sedikit air. Ulang langkah yang sama 3-4 kali.
- 9Masukkan nenas dan gaul rata.
- 10Taburkan gula dan masak nenas sehingga sebati dengan rempah-rempah tumis iaitu dalam anggaran 10-15 minit. Tambah air jika mahukan lebih kuah pajeri.
- 11Bila nenas sudah masak lembut, masukkan ½ cawan santan dan 3 sudu besar kerisik. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa.
- 12Sambung masak sehingga mendidih dan gaul kesemua bahan sehingga sekata. Boleh ditambah jika ada rasa yang kurang. Kemudian, pajeri nenas siap untuk dihidang.
- •Untuk menghilangkan masam nenas, nenas boleh dicelur terlebih dahulu sebelum dimasak bersama kuah pajeri.
- •Tidak perlu letak terlalu banyak santan. Jika menggunakan santan kotak, anggaran setengah kotak kecil sudah mencukupi.
- •Bagi mendapatkan kuah yang pekat dan wangi, masukkan lebih kerisik kedalam masakan. Pilihan kerisik juga penting iaitu memilih yang elok dan tidak berbau hapak kerana ia dapat mempengaruhi rasa pajeri nenas tersebut.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
Resipi Komuniti
Resipi istimewa yang dikongsi oleh komuniti kami
Kongsi Resipi Anda Sendiri!
Anda mempunyai resipi istimewa? Kongsi dengan komuniti kami dan dapatkan maklum balas daripada pencinta masakan lain!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Apom Lenggang Gulung Kari Mackerel
Apom Lenggang Gulung yang dihidangkan bersama Kari Ikan Mackerel dan Baked Beans kombinasi duo bernutrisi bagi tenaga harian. Cukup dengan rasa pedas, manis dan pekat berempah. Anak-anak pasti suka.
Diterbitkan pada 1 Ogos 2024

Fish Head Curry
Fish Head Curry recipe delicious, red fish can also be replace with sea bass, the tomato tamarind serve together. Delici...
Diterbitkan pada 29 September 2013

Kari Pekat Ikan Merah
Jom kita masak kari ikan cara org dulu yang Che nom belajar dari bonda tersayang. Kali ni Che Nom gunakan Ikan Merah yan...
Diterbitkan pada 14 April 2020

Kari Kambing Sedap
Resepi kari kambing yang sedap, dan sangat sesuai jika dimakan bersama nasi hujan panas, nasi jagung atau nasi minyak. S...
Diterbitkan pada 22 November 2014

Maggi Goreng
Resepi Maggi Goreng yang mudah dan cepat disediakan jika anda lapar dan malas nak pergi ke restoran mamak. Kita gunakan ...
Diterbitkan pada 23 Julai 2018

Gulai Ikan Kembung
Jom tengok Che Nom nak masak gulai atau kari ikan kembung kali ni. Bahan-bahan cukup ringkas, tapi untuk masak kari yang...
Diterbitkan pada 25 Disember 2023
Resepi Terbaru

Sup Ayam Beraroma Istimewa
Sup ayam ringkas dan beraroma dengan tumis darat.

Tempe Goreng Rangup
Tempe goreng nipis, rangup dan berempah.

Kacang Buncis Goreng Tempe
Kacang buncis rangup bersama tempe goreng, mudah dan sedap.

Ayam Panggang Style Che Nom
Ayam panggang berempah, lembut dan kulit rangup dengan sentuhan rempah Che Nom.

Set Ayam Gepuk dengan Sambal Gesek Istimewa
Set Ayam Gepuk lengkap dengan sambal gesek pedas berlemak.

Biskut Cornflakes Madu
Biskut raya ringkas dengan kombinasi cornflakes rangup dan madu. Sungguh sedap dan mudah disediakan!