Resepi Puding Kek Batik
Puding Kek Batik yang mudah dan sedap, sesuai untuk hidangan pencuci mulut di hari raya. Resepi ini tidak memerlukan pembakar atau mixer, malah boleh dicuba bersama anak-anak.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 tin Susu Isian Sejat F&N
- 1 tin air
- 2/3 cwn Susu Krimer Manis Bervitamin F&N
- 3 sb serbuk koko
- 1 pek / 10g serbuk agar-agar
- 1 sb tepung jagung
- 200g coklat masakan gelap
- 1 sb mentega (pilihan)
- 1/2-1 pek biskut marie
Cara Buat Puding Kek Batik
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Kacau sekata susu isian sejat, air, susu krimet pekat manis, serbuk koko, serbuk agar-agar dan tepung jagung.
- 2Masak atas api perlahan sampai naik wap.
- 3Bila dah mendidih, tutup api kemudian masukkan dark chocolate dan butter. Kacau sampai adunan suam sikit.
- 4Basahkan sikit acuan (baking dish size 9x3 inci).
- 5Senduk masuk 4-5 senduk adunan pudding kemudian lapis dengan biskut.
- 6Ulang lapis dengan adunan pudding dan biskut sampai habis.
- 7Sejukkan 1-2 jam atau semalaman sebelum hidang.
Dah cuba resepi ni? Beri bintang
Tak perlu log masuk.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 32 biji
- Kalori
- 95 kcal
- Protein
- 2 g
- Karbohidrat
- 12.5 g
- Lemak
- 4.5 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 7.5 g
- Natrium:
- 30 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Biskut Marie dikira 3/4 pek (~150 g); mentega (pilihan) dikira separuh.
- Krimer manis 2/3 cawan dianggar 200 g.
- Dibahagi kepada 32 keping.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 2/3 cwn Susu Krimer Manis Bervitamin F&N bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 208g (cawan US 240ml).
- 3 sb serbuk koko bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 16g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Selepas tutup api, kena kerap kacau dan jangan tinggal, takut agar-agar meruap dan berketul nanti.
- Che Nom basahkan acuan dengan air sikit sebelum tuang masuk adunan untuk mudah keluarkan pudding nanti.
- Kalau nak lapisan antara biskut dan pudding tebal, kena tunggu pudding beku sikit anggaran 2-4 minit sebelum lapis biskut yang baru. Kalau cair nanti biskut jadi rapat sikit la.
- Ada 4 layer biskut semuanya, dan setiap layer biskut Che Nom susun biskut macam bata (zig zag), jangan selari.
Video
Pengenalan
Jumpa lagi kita kali ni dengan menu sempena aidil fitri, Che Nom nak share satu lagi resepi dessert yang confirm senang nak buat, rasa pun sedap iaitu pudding kek batik. Pernah makan tak. Bagi yang belum pernah cuba pudding kek batik ni berbeza sikit dengan kek batik classic tu, dia lebih kepada dessert yang sedap dimakan sejuk-sejuk disamping hidangan utama, sesuai sangat sebagai menu pencuci mulut.
Mula-mula kita sediakan hidangan pudding. Lepastu lapis dengan biskut sebelum sejukkan. Boleh cuba buat dengan anak-anak. Tak perlu bakar, tak perlu gunakan mixer. Hasil pudingnya memang sangat sedap berlemak, penuh rasa coklat, sesuai untuk sajian di hari lebaran.
Che Nom gunakan F&N Susu Isian Sejat, extra aroma dan exta berkrim. Tanpa kolesterol dan asid lemak trans, semestinya pilihan yang lebih sihat untuk seisi keluarga. Tradisi dihargai, kenikmatan dirasai dengan Susu Isian Sejat F&N. Untuk lebih banyak resepi raya, boleh tengok dekat F&N website: https://my.fnlife.com/fn-hrp-2024
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Kek Batik Horlicks Cheese

Resepi Popia Carbonara Keju Meleleh

Resepi Capati Lembut dan Kuah Kari Ayam Masala

Resepi Kek Puding Karamel Pelangi

Resepi Ayam Golek Pasar Malam Guna Oven









