Resepi Mee Jawa Sedap
Mee Jawa mudah ala Che Nom dengan kuah pekat dari keledek kuning, manis lemak berempah dan cukup padu bila digabung air rebusan daging.

Bahan-bahan
Cara Buat Mee Jawa
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Celur mee kuning dan tapis airnya. Boleh gaulkan dengan sedikit minyak zaitun supaya mee tidak terlalu melekat bila sejuk nanti.
- 2Rebus daging sehingga empuk. Asingkan airnya untuk kegunaan semasa penyediaan kuah nanti.
- 3Panaskan minyak dan tumis cili kisar bersama rempah kari daging sehingga garing.
- 4Masukkan bahan kisar halus dan kacau sehingga pecah minyak. Boleh tambah sedikit air jika takut hangus.
- 5Masukkan air rebusan daging, keledek dan kiub daging atau ayam. Masak sehingga kuah mendidih. Kacau perlahan.
- 6Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- 7Masukkan sedikit mee ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan-bahan taburan. Tuang kuah secukupnya dan siap untuk dihidang.
Dah cuba resepi ni? Beri bintang
Tak perlu log masuk.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 20 orang
- Kalori
- 250 kcal
- Protein
- 11.5 g
- Karbohidrat
- 21.5 g
- Lemak
- 12 g
- Serat:
- 2 g
- Gula:
- 2.5 g
- Natrium:
- 370 mg
Andaian pengiraan · keyakinan rendah
- Resepi tidak nyatakan bilangan hidangan; 2 paket mee (~1 kg) dianggar 6 mangkuk.
- 1/2 mangkuk minyak menumis dikira 70% kekal dalam kuah.
- Bahan hiasan tanpa sukatan dianggar: daging rebus 300 g, telur rebus 6 biji, tauhu goreng 200 g, taugeh 300 g, bawang goreng 40 g.
- Kiub daging, udang kering dan garam secukup rasa menyumbang natrium tinggi.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Mee hanya perlu dicelur seketika supaya tidak lembik bila dihidangkan bersama kuah mee jawa nanti.
- Selepas dicelur, taburkan dengan sedikit minyak zaitun supaya mee tidak melekat apabila sejuk.
Video
Pengenalan
Resepi Mee Jawa yang mudah untuk disediakan dan sangat sedap rasanya.
Bahan dan cara penyediaan mee jawa adalah hampir serupa dengan mee rebus cuma bahan untuk mee jawa lebih ringkas.
Che Nom gunakan keledek kuning sebagai bahan untuk pemekat kuah. Rasa manis dari isi keledek dan air rebusan daging memang kunci utama penyedap mee jawa ini.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Popia Carbonara Keju Meleleh

Resepi Capati Lembut dan Kuah Kari Ayam Masala

Resepi Kek Puding Karamel Pelangi

Resepi Ayam Golek Pasar Malam Guna Oven

Resepi Tauhu Crispy dan Sambal Kicap









