ResepiCheNom
Mee Hailam

Resepi Mee Hailam

Prep 15 minMasak 10 minJumlah 25 min

Mee Hailam sedap dan mudah, kuah pekat beraroma macam makan di restoran Thai. Sesuai buat hujung minggu, sekali cuba memang nak lagi.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 500g mee kuning500g mee kuning
  • 4 ulas bawang putih, diketuk4 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 mangkuk isi ayam, yang telah direbus1 mangkuk isi ayam, yang telah direbus
  • 1 mangkuk udang1 mangkuk udang
  • 3 ekor sotong3 ekor sotong
  • kicap pekatkicap pekat
  • 1 sudu kecil lada hitam ATAU lada sulah1 sudu kecil lada hitam ATAU lada sulah
  • 2 sudu besar sos tomato2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos tiram
  • sayur sawi, asingkan batang dan daunsayur sawi, asingkan batang dan daun
  • 3 batang jagung muda, hiris nipis3 batang jagung muda, hiris nipis
  • 1/2 biji karot, hiris nipis1/2 biji karot, hiris nipis
  • 1 biji tomato, potong 61 biji tomato, potong 6
  • 2 sudu besar tepung jagung2 sudu besar tepung jagung
  • air secukupnyaair secukupnya

Bahan Untuk Hiasan

  • cili merah, hiris nipiscili merah, hiris nipis
  • bawang gorengbawang goreng
  • limau nipislimau nipis

Cara Buat Mee Hailam

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan air dan celur mee kuning. Angkat dan toskan.
  2. 2
    Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan ayam, udang, sotong dan karot. Kacau sehingga separuh masak.
  3. 3
    Masukkan air secukupnya, kicap, sos tomato, sos tiram, batang sawi dan lada hitam dan masak sehingga kuah mendidih.
  4. 4
    Masukkan daun sawi, jagung muda dan tomato. Tuang pula bancuhan tepung jagung dan didihkan sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. 5
    Tuang kuah di atas mee dan hiaskan denagn cili merah, bawang goreng dan limau nipis.
Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi Mee Hailam, yang sedap dan mudah.

Che Nom masak hidangan ni pada hujung minggu lepas dan kesedapannya memang setanding dengan rasa mee Hailam di restoran Thai.

Selamat mencuba :)

Diterbitkan pada 3 Disember 201510.9K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru