Mee Goreng Basah Sedap

Hi Semua, jom masak mee goreng basah. Che Nom akan tunjuk cara sediakan mee goreng basah, yg bila masak confirm jadi dan sedap punya lah. Ada beberapa petua Che Nom akan kongsikan sepanjang penyediaan resepi ni.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk stok rebusan udang:
    • Kulit udang
    • 2-3 cawan air
    • 1 ulas bawang putih
  • Bahan-bahan untuk mee goreng:
    • 3-4 sudu besar minyak masak
    • 3 ulas bawang putih
    • 2 sudu besar cili kisar
    • 3-4 sudu besar kicap
    • 3 sudu besar sos cili
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 8-10 ekor udang
    • Sayur sawi (batang)
    • 2 keping kek ikan
    • 10 biji bebola ikan
    • 1/2 sudu kecil lada sulah
    • 1 pek mee kuning
    • 1 biji tomato
    • Sayur sawi (daun)
    • 1 mangkuk taugeh

Cara Penyediaan:

  1. Cincang kasar bawang putih.
  2. Potong fishcake dan fishball.
  3. Hiris kasar tomato.
  4. Asingkan bahagian batang dan daun sawi kemudian potong kecil.
  5. Hiris cili merah dan limau nipis untuk hiasan.
  6. Rebus kepala dan kulit udang dengan sebiji bawang putih untuk stok udang.
  7. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
  8. Masukkan cili kisar, kicap manis, sos cili, sos tiram, udang, batang sawi, fishcake dan fishball.
  9. Masukkan lada sulah dan air rebusan udang (tapis).
  10. Boleh adjust tambah sos atau kicap manis jika suka.
  11. Masukkan tomato dan stok air udang lagi supaya lebih berkuah.
  12. Masukkan daun sawi dan taugeh.
  13. Hiasakan dengan hirisan cili merah dan limau nipis.

Tip:

  • Tujuan tekan batang sawi bagi pecah sebab batang sawi akan serap kuah tumisan jadi lembut dan lebih sedap.
  • Tip untuk mee tak mudah kembang, basuh dan tos je, jangan celur dengan air panas, jika tidak mee cepat lembik bila masak.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.