ResepiCheNom
Bihun Goreng Resepi Mak Che Nom

Resepi Bihun Goreng Resepi Mak Che Nom

Prep 25 minMasak 20 minJumlah 45 minHidangan 6 orang

Bihun goreng cara mak Che Nom yang simple tapi padu, lengkap dengan rasa tumis dan lauk yang cukup. Sesuai untuk sarapan atau makan malam, cepat siap dan mengenyangkan.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • Bahan-bahan untuk tumbuk halusBahan-bahan untuk tumbuk halus
  • 4 biji bawang merah4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering1 sudu besar udang kering

Bahan Untuk Lain

  • 1 ketul isi ayam1 ketul isi ayam
  • 1 ketul kiub ikan bilis1 ketul kiub ikan bilis
  • 1/2 cawan minyak masak1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar cili kisar2 sudu besar cili kisar
  • 3 keping fish cake3 keping fish cake
  • 3-4 sudu besar sos cili3-4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis3 sudu besar kicap manis
  • 1/2 sudu kecil garam1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 pek bihun1 pek bihun
  • 1 ikat sayur sawi1 ikat sayur sawi
  • 1 biji tomato1 biji tomato
  • 1 mangkuk taugeh1 mangkuk taugeh

Bahan Untuk Taburan

  • Cili merahCili merah
  • Daun bawangDaun bawang
  • Limau nipisLimau nipis

Cara Buat Bihun Goreng

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Potong kasar bawang merah dan bawang putih.
  2. 2
    Potong fishcake, tomato dan isi ayam.
  3. 3
    Sayur sawi asingkan bahagian batang dan daun kemudian potong kecil.
  4. 4
    Hiris nipis cili merah, daun bawang dan limau nipis untuk hiasan.
  5. 5
    Tumbuk bawang yang telah dipotong tadi dengan sedikit udang kering.
  6. 6
    Panaskan kuali dan tumis bahan sehingga kekuningan.
  7. 7
    Masukkan cili kisar.
  8. 8
    Kacau sekejap hingga cili berubah warna jadi gelap.
  9. 9
    Masukkan isi ayam, sos cili, sos tiram, kicap manis dan sedikit garam.
  10. 10
    Masukkan kiub ikan bilis, fishcake, batang sawi, air dan lada sulah.
  11. 11
    Boleh tambah telur (optional).
  12. 12
    Masukkan bihun yang dah direndam.
  13. 13
    Kalau bihun masih keras, tuang air sikit-sikit kacau sampailah lembut.
  14. 14
    Masukkan daun sawi, tomato dan taugeh (boleh ganti dgn hirisan sayur kobis).
  15. 15
    Boleh tambah kicap atau sos kalau suka.
  16. 16
    Kalau kurang masin boleh tambah dengan garam, kalau masih keras tambah air sikit.
  17. 17
    Hidangkan dengan cili potong, daun bawang dan hirisan limau nipis.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Jangan masak taugeh lama sangat, sebab kita nak rasa crunchy sikit masa makan.
Video
Pengenalan

Hi semua, kali ni Che Nom nak share cara masak bihun goreng,

cara yang sama macam mak Che Nom selalu buat kat rumah dulu.

Selamat Mencuba :)

Diterbitkan pada 5 Mei 2020217.1K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru