ResepiCheNom
Maggi Kari Sup Pedas

Resepi Maggi Kari Sup Pedas

Prep 15 minMasak 15 minJumlah 30 minHidangan orang

Maggi kari sup pedas versi tumis yang kuahnya lebih pekat dan padu, tambah telur separuh masak serta apa saja bahan ikut selera. Sesuai layan waktu hujan atau bila nak masak cepat.

Bahan-bahan

Bahan

  • 3 bungkus mee segera kari3 bungkus mee segera kari
  • 2 sudu besar minyak masak2 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah kecil1 biji bawang merah kecil
  • Sayur sawiSayur sawi
  • 1/2 batang karot1/2 batang karot
  • 1 sudu kecil serbuk kari1 sudu kecil serbuk kari
  • 1 sudu kecil serbuk cili1 sudu kecil serbuk cili
  • 2 sudu besar sos cili2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos tiram
  • 6-8 ekor udang6-8 ekor udang
  • 3 ekor sotong3 ekor sotong
  • 5-6 cawan air5-6 cawan air
  • 6-8 tangkai cili padi6-8 tangkai cili padi
  • 1 biji tomato1 biji tomato
  • Limau nipisLimau nipis

Cara Buat Maggi Kari Sup

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Maggi Kari

  1. 1
    Potong cili padi, bawang putih, bawang merah, karot (potong memanjang macam mancis), daun sawi (asing daun dan batang), tomato, limau nipis, sotong dan udang (trim buang misai dan buang tali hitam).
  2. 2
    Panaskan minyak masak, tumis bawang merah dan putih. Masukkan batang sawi dan karot.
  3. 3
    Masukkan serbuk kari daging, serbuk cili, sos cili, sos tomato, sos tiram dan kacau sekejap.
  4. 4
    Masukkan serbuk perencah, udang dan sotong kemudian kacau sekata (masak sampai udang kurang dari separuh masak).
  5. 5
    Masukkan air dan masak sampai mendidih. Masukkan mee segara kering, cili padi, telur, daun sawi dan tutup sekejap (sampai telur bahagian atas masak).
  6. 6
    Masukkan tomato dan hidang dengan perahan limau nipis.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Cili padi, Che Nom biasanya belah hujung sikit tak nak pedas sangat bila masak.
  • Boleh ganti sayur bok choy, kobis cina atau bayam.
  • Boleh ganti sotong dan udang dengan ayam, daging atau bebola.
Video
Pengenalan

Kali ni Che Nom nak share resepi maggi berkuah kari versi tumis yang meriah dengan segala bahan yang ada di dapur. Kalau time hujan ke..atau tgh santai-santai kat rumah dah bosan tak tahu nak masak apa, memang layan kalau masak megi kari ni. Kalau masak kat rumah kita boleh letak apa-apa saja bahan yg kita suka.

Che Nom kongsi cara macam mana CN olah meggi kari ni dari bahan asal supaya lebih pekat dan lebih sedap rasa maggi kari nya. Dengan telur separuh masuk yg kita sediakan bersama kuah kari tu..mantap betul bila hidang.

Diterbitkan pada 29 Disember 202128.5K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru