![Lontong Kuah Lodeh](/images/recipes/Lontong_YT_2.jpg)
Lontong Kuah Lodeh
Kali ni jom kita masak kuah lodeh yang biasa dipadankan bersama lontong atau nasi impit. Setiap kali raya, hidangan ni antara yang wajib dihidangkan. Walaupun kuah lodeh ni bukan makanan tradisi tempat asal Che Nom, tapi dah jadi menu favourite sejak dulu lagi.
Resepi ni Che Nom dapat dari pembantu yang berasal dari Indonesia, resepi keluarganya. Memang sedap kerana ada satu bahan tambahan yang buatkan kuah lodeh ni lebih pekat dan menarik rasanya. Memang kena lah dengan selera. Sesiapa yang suka makan di pagi raya, boleh cuba masa sendiri. Tak susah pun.
Mula-mula kita sediakan bahan-bahan untuk dimasukkan dalam kuah lodeh dan juga bahan-bahan kisar untuk tumisan. Rasa berlemak dari santan, rasa pedas dari 3 jenis cili, lengkap dengan sayur-sayur, tempe dan tauhu, rasa manis udang memang cukup untuk buatkan kita makan tak cukup sepinggan.
![Che Nom](/uploads/profile/99d7f34158722068.jpg)
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 3 biji bawang merah
- 3-4 ulas bawang putih
- 1-2 ketul kunyit hidup
- 1 inci halia
- 1 biji tomato
- 1-2 biji cili merah
- 4-5 tangkai cili padi
- 2 tangkai cili kering
- 3 biji buah keras
- 1 sudu besar udang kering
- sedikit air
- 2 keping tempe
- 4 ketul tauhu
- sedikit garam
- sedikit serbuk kunyit
- nasi impit
- telur rebus
- 3-4 sudu besar minyak masak
- 1 batang serai
- 1 inci lengkuas
- 1 batang lobak merah
- 1 biji kecil sengkuang
- sedikit air
- 4 batang kacang panjang
- 1 keping fucuk
- suun
- 3 - 4 cawan santan cair (atau lebih jika suka)
- kubis
- garam secukup rasa
- 1 mangkuk santan pekat
- 10-15 ekor udang
- 1/3 sudu kecil gula
- sambal ikan bilis
- ikan bilis goreng
- 1Gaul potongan tempe bersama sedikit garam dan kunyit. Ulang cara yang sama untuk potongan tauhu.
- 2Goreng tempe dan tauhu sehingga keperangan lalu angkat dan toskan minyak.
- 1Sediakan bahan kisar halus.
- 2Panaskan minyak. Tumis bahan kisar halus sehingga agak garing.
- 3Masukkan serai, lengkuas, sedikit air, sengkuang dan lobak merah lalu reneh kesemua bahan.
- 4Masukkan tempe dan tauhu goreng, kacang Panjang serta fucuk dan suun yang telah lembut direndam.
- 5Tuang santan cair atau air dan masukkan baki sayur iaitu pontongan kubis, garam secukup rasa lalu masak sehingga mendidih.
- 6Sesudah itu, masukkan santan pekat, udang, sedikit garam dan gula. Kerap kacau ketika renehkan kuah dengan api perlahan.
- 7Reneh kuah lodeh cukup sekadar udang masak dan kuah lodeh siap untuk dihidang bersama nasi impit
- 1Rebus nasi impit dan sejukkan.
- 2Kemudian, potong kesemuanya dalam ketulan besar.
- •Bagi mengelakkan tempe dan tauhu menjadi hancur ketika masak, potong keduanya dalam bentuk kiub besar.
- •Jika tidak mahu gunakan kacang panjang, boleh saja digantikan dengan kacang buncis.
- •Selain itu, jika tidak mahu masukkan sengkuang, boleh juga digantikan dengan lobak putih.
- •Guna santan cair bagi perahan yang kedua untuk dimasukkan kedalam kuah dan jika menggunakan santan kotak, gantikan dengan langkah memasukkan air sahaja.
- •Semasa mereneh kuah lodeh, kerapkan kacau kuah biar jangan pecah santan bagi menggelakkan santan berketul didalam masakan.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
![Che Nom](/uploads/profile/99d7f34158722068.jpg)
Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan
![Kerepek Gunting Pedas](/images/recipes/Kerepek_Gunting.jpg)
Kerepek Gunting Pedas
Resepi Kerepek Gunting yang rangup, pedas dan berempah, sesuai dinikmati ketika musim perayaan. Walaupun bahan-bahannya mudah didapati, cara penyediaannya agak rumit dan perlu diberi perhatian.
![Takoyaki](/images/recipes/takoyaki.jpg)
Takoyaki
Jom kita tengok cara buat Takoyaki kali ni, asyik beli aja kan, sesekali nak juga seronok-seronok buat kat rumah. Dalam ...
![Nugget Ayam](/images/recipes/Nugget_Ayam-2.jpg)
Nugget Ayam
Kali ni Che Nom nak share resepi nugget ayam homemade yang memang sedap. Kalau kita buat sendiri dan lebih sihat. Boleh ...
![Cakoi & Sos Pandan Kastard](/images/recipes/Cakoi.jpg)
Cakoi & Sos Pandan Kastard
Hi semua, kali ini Che Nom nak sediakan cakoi atau sesetengah tempat panggil pat tong ko atau chinese panggil youtiao. A...
![Waffle Rangup & Lembut Gebu, Kalah Kedai Punya!](/images/recipes/Waffle_Rangup.jpg)
Waffle Rangup & Lembut Gebu, Kalah Kedai Punya!
Kali ni jom kita buat waffle! Che Nom ada resepi baru yang mantap untuk hasilkan waffle yang rangup di luar, tak padat d...
Grill Chicken Wrap
Hi Semua, kali ini Che Nom nak kongsi resepi chicken wrap menggunakan ayam yang diperap dengan bahan-bahan dan rempah ya...