
Laksam Sedap
Resepi Laksam, yang berasal dari negeri cik siti Wan Kembang dan memang sangat sedap. Che Nom memang peminat laksam sebab ada terdapat ulam-ulaman segar seperti hirisan bunga kantan, daun kesum, timun, kacang dan lain-lain lagi mengikut kesukaan dan selera masing-masing.
Dalam penyediaan kuah, Che Nom campurkan 2 jenis ikan iaitu ikan kembung dan ikan sardin. Ikan haruslah segar baru kuah laksam menjadi lebih sedap.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1/2 kg ikan
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 1/2 inci halia
- 1 sudu kecil lada hitam
- 3 keping asam jawa
- seketul gula melaka
- pati santan dari 1 biji kelapa
- 3 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 4 1/2 cawan air suam
- 1/2 sudu kecil garam
- 5 biji cili merah
- 10 biji cili padi
- 2 biji jus perahan limau nipis
- garam dan gula secukup rasa
- taugeh
- timun
- bawang besar
- daun kesum
- limau kasturi
- kacang panjang
- bunga kantan
- kubis
- 1Rebus ikan bersama sedikit air, agak-agak tenggelam ikan sahaja. Masukkan 1 asam keping, 1/2 inci halia dan sedikit garam. Rebus dalam anggaran masa 15 minit.
- 2Apabila ikan sudah masak, sejukkan kemudian asingkan isi ikan dan bahagian tulangnya. Air rebusan ikan jangan dibuang, tapis dan ketepikan.
- 3Kisar isi ikan bersama bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga halus.
- 4Panaskan periuk dan masukkan bahan kisar halus, asam keping dan serai. Masak bersama air rebusan ikan tadi dan rebus sehingga mendidih.
- 5Masukkan pati santan, sedikit gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau di atas api yang perlahan. Tak perlu masak kuah terlalu lama kerana santan akan pecah minyak dan kuah akan jadi kurang sedap. Memadai cuma selama 5 minit.
- 6Hidangkan bersama laksa dan ulam ulaman
- 1Panaskan periuk kukusan. Sediakan 2 loyang berukuran 8" atau 9". Kalau tak ada loyang, tudung periuk pun boleh.
- 2Satukan tepung bersama garam.
- 3Bancuh dengan air suam dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul. Che Nom kacau menggunakan whisk, lagi cepat halus.
- 4Sapikan sedikit minyak pada permukaan loyang, tuang adunan tepung sebanyak 3 senduk kecil.
- 5Kukus selama 5-8 minit. Angkat loyang dan sejukkan. Boleh juga di alirkan air sejuk di bahagian bawah loyang supaya laksa senang dikeluarkan.
- 6Gulung laksam dan ulang langkah sehingga adunan tepung habis. Anggaran dapat 8-9 gulung laksam.
- 7Gunting laksam setebal 1/2 inci sebelum dihidangkan.
- 1Kisar kesemua cili dan gaul bersama jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa
- 1Hiris halus kesemua bahan ulam.
- •Boleh dihidangkan bersama belacan dan garam (ikut cara orang kelantan)
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.