ResepiCheNom
Laksam Lembut, Kuah Berlemak Sedap

Resepi Laksam Lembut, Kuah Berlemak Sedap

Prep 45 minMasak 1 jamJumlah 1 jam 45 minHidangan 6 orang

Cara penyediaan Laksam bermula daripada memproses ikan untuk kuah, menyediakan laksam yang lembut, membuat sambal lada, hinggalah kepada penyediaan ulam-ulaman. Laksam merupakan hidangan sihat yang lengkap dengan protein, karbohidrat dan fiber.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Kuah

  • 1 sk garam1 sk garam
  • 1 kilo ikan kembung1 kilo ikan kembung
  • 2 keping asam gelugor2 keping asam gelugor
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah kecil5 biji bawang merah kecil
  • 1 biji bawang merah besar1 biji bawang merah besar
  • 1-2 keping asam gelugor1-2 keping asam gelugor
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • 1/2 sb gula melaka1/2 sb gula melaka
  • Santan dari 1 1/2 biji kelapaSantan dari 1 1/2 biji kelapa
  • 1- 1 1/2 sb lada hitam1- 1 1/2 sb lada hitam

Bahan Laksam

  • 3 cwn tepung beras3 cwn tepung beras
  • 1/2 cwn tepung gandum1/2 cwn tepung gandum
  • 1 sk garam1 sk garam
  • 5 cwn air suam5 cwn air suam
  • 2 sb minyak masak2 sb minyak masak
  • **kalau masih sedikit pekat tambah je air sikit, dan cuba kukus sekali untuk tengok hasilnnya**kalau masih sedikit pekat tambah je air sikit, dan cuba kukus sekali untuk tengok hasilnnya

Bahan Sambal Cili Bercuka

  • 4 tangkai cili merah besar4 tangkai cili merah besar
  • 10 tangkai cili padi10 tangkai cili padi
  • Sedikit belacan bakarSedikit belacan bakar
  • 1/4 cwn cuka makan1/4 cwn cuka makan
  • ATAU jus limauATAU jus limau
  • Garam & gula secukup rasaGaram & gula secukup rasa

Bahan Ulam-Ulaman

  • TimunTimun
  • Bunga kantanBunga kantan
  • Kacang panjangKacang panjang
  • KobisKobis
  • Daun kesumDaun kesum
  • TaugehTaugeh
  • LimauLimau

Cara Buat Laksam

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Kuah

  1. 1
    Tumbuk halus biji lada hitam.
  2. 2
    Rebus ikan dengan air, garam dan asam keping dalam 15 minit atau ikan masak.
  3. 3
    Asingkan tulang dan isi ikan
  4. 4
    Kisar halus halia, bawang putih, bawang merah kecil, bawang merah besar dan sedikit air rebusan ikan.
  5. 5
    Kisar halus pulak isi ikan dengan air rebusan.
  6. 6
    Kisar halus tulang ikan dan tapis asingkan tulang.
  7. 7
    Tuang masuk bawang dan halia kisar, isi ikan, air tapisan tulang, asam keping, gula melaka dan garam. Reneh sampai hilang buih-buih halus.
  8. 8
    Perlahankan api dan tuang masuk santan.
  9. 9
    Tuang masuk black pepper dan tutup api. Kacau sikit sampai wap berkurang.

Laksam

  1. 1
    Bancuh tepung beras, tepung gandum, garam, minyak masak dan air suam.
  2. 2
    Gris acuan laksam dengan minyak, boleh guna tudung periuk atau loyang pizza.
  3. 3
    Dalam pengukus, letakkan tudung periuk dan tuang masuk adunan laksam. Kukus sampai masak anggaran 5 minit atau sampai naik gelembung.
  4. 4
    Gulung laksam dan potong.

Sambal Lada

  1. 1
    Kisar kasar cili besar, cili padi, belacan bakar, cuka makan (atau jus limau).
  2. 2
    Perasakan dengan gula dan garam.
  3. 3
    Boleh hidang laksam dengan sayur kobis, timun, kacang panjang, daun kesum, bunga kantan dan taugeh.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Selepas tuang masuk santan, kerap kacau sebab kita tak nak santan berketul.
  • Tepung beras Che Nom guna Cap Teratai, nak guna cap lain pon takpe, insyallah jadi.
  • Pastikan adunan tak pekat sangat, cair-cair sikit, boleh test kukus dulu sekali, kalau tak lembut tambah lagi air.
Tunjuk semua petua (4)
Petua & Panduan
  • Laksam jangan tebal sangat, nanti susah pulak nak gulung.
Video
Pengenalan

Siapa peminat laksam tapi tak pernah cuba masak. Jom tengok Che Nom tunjukkan step by step bermula dari cara memproses ikan dan memasak kuah laksam yang cukup sedap berlemak. Kemudian cara penyediaan laksam yang lembut dan mudah digulung, lepas tu kita buat sambal lada yang pedas masam dan juga penyediaan ulam-ulaman sebagai pelengkap hidangan.

Semangkuk laksam cukup lengkap dengan protein, karbohidrat, dan fiber. Masak pun tak perlu tumis pakai minyak, memang hidangan yang sihat lah. Bukan sahaja orang pantai timur yang suka malah orang negeri lain pun pandai makan.

Menu-menu berkuah ni memang agak leceh nak buat, tapi kalau sekali masak untuk famili berbaloi hasilnya. Boleh makan berulang-ulang, jimat belanja.

Diterbitkan pada 27 Februari 202440.7K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru