ResepiCheNom
Pulut Kuning Kukus

Resepi Pulut Kuning Kukus

Prep 6 jamMasak 30 minJumlah 6 jam 30 minHidangan 6 bahagian

Pulut kuning kukus yang mudah, lembut dan berlemak, rahsianya santan pekat segar dibancuh garam sampai cukup rasa.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 500g beras pulut500g beras pulut
  • 1 sudu kecil kunyit1 sudu kecil kunyit
  • air secukupnya, untuk rendam pulutair secukupnya, untuk rendam pulut
  • 2 cawan santan pekat2 cawan santan pekat
  • garam secukup rasagaram secukup rasa
  • 3-4 helai daun pandan3-4 helai daun pandan

Cara Buat Pulut Kuning

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Rendam pulut yang digaul bersama kunyit sehingga lembut atau semalaman. Minimum 6 jam.
  2. 2
    Toskan pulut (buang airnya). Susun daun pandan di atas dulang pengukus dan letak beras pulut di atasnya.
  3. 3
    Panaskan pengukus, dan kukus beras pulut selama 1/2 jam atau sehingga lembut. Angkat dan masukkan di dalam mangkuk besar.
  4. 4
    Kacau santan bersama garam secukup rasa. Tuang santan ke dalam pulut dan rehatkan sehingga santan meresap. Gemburkan pulut dengan garfu dan sedia untuk dihidang.
Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi pulut kuning yang tak susah sangat untuk dimasak. Kunci utama kesedapannya ialah gunakan santan pekat yang segar dan bancuh bersama garam sehingga masin dan bangkit lemaknya.

Macam tu la bonda Che Nom ajar dulu. Beras pulut pula harus direndam semalaman supaya lembut apabila dikukus. Jika rendam tak cukup masanya pulut akan jadi keras di dalam apabila dikukus.

Che Nom hidang pulut kukus ni bersama daging kerutub, boleh juga dimakan dengan rendang ayam . Selamat Mencuba :)

Diterbitkan pada 28 Jun 201571.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru