ResepiCheNom
Siakap Stim Asam Boi
Ikan

Resepi Siakap Stim Asam Boi

Prep 15 minMasak 20 minJumlah 35 minHidangan 4 orang

Siakap stim asam boi ni lain sikit, kuahnya masam manis segar dan menyerap elok dalam isi ikan. Che Nom guna asam boi putih, memang sedap dan mudah buat.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 1 ekor siakap, bersihkan1 ekor siakap, bersihkan
  • 5 biji asam boi5 biji asam boi
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 3 biji bawang merah, hiris nipis3 biji bawang merah, hiris nipis
  • 2 inci halia, potong halus seperti batang mancis2 inci halia, potong halus seperti batang mancis
  • 1/2 batang karot, potong halus seperti batang mancis1/2 batang karot, potong halus seperti batang mancis
  • 2 sudu besar sos ikan Thai2 sudu besar sos ikan Thai
  • 1 sudu kecil tepung jagung1 sudu kecil tepung jagung
  • 1 biji kimau nipis1 biji kimau nipis
  • 1/2 cawan air1/2 cawan air
  • 1 biji tomato, potong 41 biji tomato, potong 4
  • 4-5 tangkai daun ketumbar4-5 tangkai daun ketumbar

Cara Buat Siakap Stim Asam Boi

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Letak ikan di atas loyang, atau dulang tahan panas.
  2. 2
    Tabur hirisan bawang putih, bawang merah, halia, asam boi dan karot.
  3. 3
    Tuang bancuhan air tepung jagung, sos ikan Thai dan perahan jus limau nipis.
  4. 4
    Tabur garam sedikit gula. Kukus selama 15 minit.
  5. 5
    Selepas 15 minit, buka kukusan dan tabur daun ketumbar bersama tomato. Sambung kukus selama 5 minit. Angkat dan hidangkan.
Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi Siakap Stim Asam Boi, bagi sesiapa yang inginkan sesuatu yang agak lain dalam masakan ikan dan tak pasti dari mana asal resepi.

Asam boi memberikan rasa masam dan manis pada kuah ikan siakap yang di stim. Che Nom gunakan asam boi putih. Rasanya sangat sedap! Cubalah.

Diterbitkan pada 18 Oktober 201510.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru