Resepi Kuih Siput Rangup
Kuih siput rangup yang klasik dari zaman nenek dulu, memang sedap buat kudap-kudap. Che Nom guna mentega Puteri supaya adunan jadi gebu dan rangup bila digigit.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 500 gram tepung gandum
- 150 gram majerin
- 2 sudu besar udang kering
- 2 ulas bawang putih, hiris nipis
- 1 sudu besar rempah kari
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
- 1 1/2 sudu besar serbuk juntan putih
- 1 biji telur
- 5 tangkai daun kari
- 1 sudu kecil garam
- 150 ml air
Cara Buat Kuih Siput
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Goreng bawang putih di dalam sedikit minyak. Goreng pula udang kering di dalam minyak yang sama Tumbuk halus kedua-dua bahan dan ketepikan.
- 2Cairkan mentega dan sejukkan.
- 3Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan bahan tumbuk halus tadi.
- 4Tuang mentega cair sedikit demi sedikit ke atas tepung. Gaulkan dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Biarkan mentega menyerap ke dalam tepung. Cara ini akan menghasilkan kuih siput yang rangup.
- 5Pukul sedikit telur dan tuang ke dalam adunan tepung, diselang selikan dengan air. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air jika doh masuk keras.
- 6Rehatkan doh seketika.
- 7Tabur sedikit tepung di atas dulang. Gentelkan sedikit tepung dan tekan di atas acuan kuih siput. Letakkan kuih yang dibentuk di atas dulang tadi.
- 8Goreng bersama daun kari sehingga kekuningan. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 12 biji
- Kalori
- 325 kcal
- Protein
- 6 g
- Karbohidrat
- 33 g
- Lemak
- 18.5 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 0 g
- Natrium:
- 320 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 12 'keping' dibaca sebagai 12 bahagian hidangan; adunan 500 g tepung menghasilkan ratusan kuih siput kecil.
- Minyak menggoreng TIDAK disenaraikan; serapan dianggar 10% daripada berat doh.
- Garam 1 sudu kecil dan udang kering menyumbang kebanyakan natrium.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 2 sudu besar udang kering bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 13g (cawan US 240ml).
- 1 sudu besar rempah kari bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 8g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Jika anda nak sediakan kuih siput untuk hidangan hari raya, bokeh digandakan adunan ini kepada 2.
Video
Pengenalan
Resipi Kuih Siput, kuih tradisional yang tidak asing lagi buat masyarakat Melayu. Dari zaman nenek dan ibu kita lagi kuih ini sudah terkenal dan digemari ramai.
Che Nom gunakan mentega jenama Puteri untuk bancuhan tepung. Mentega sangat penting untuk menjadikan kuih siput rangup dan gebu bila dimakan.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









