
Kuih Bom Bijan Kelapa
Dalam resepi ni Che Nom kongsikan resepi versi ke 2 dan tips yang untuk hasil kan kuih bom bijan yang rangup diluar dan lembuttt sangat dalam nya. Sebelum ni Che Nom dah kongsi video resepi kuih bom yang berbeza, dan tetap menjadi. Baru-baru ni ramai follower yang share dgn Che Nom macam mana nak buat kuih bom yang tak meletop cara tradisi dan sedap. InsyaAllah menjadi kalau follow tips nya tu.
Kuih bom ada macam-macam inti kacang merah la, kacang hijau la, kacang tanah la. Tapi kali ni nak share cara buat inti kelapa yang mudah saja, sedap dan berbaloi kalau buat sendiri.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 cwn tepung pulut
- 1/4 cwn tepung gandum
- 1 sb gula
- 1/4 sk garam
- 1 cwn air suam
- Bijan
- 1 biji kelapa parut
- 1/2-1 cwn air
- 1/4 cwn gula melaka
- 2-3 sb gula merah Thai
- 1-2 sb gula putih, jika suka
- 1 helai daun pandan
- 1/2 sk garam
- 1 sb tepung gandum
- 1Masukkan air, gula melaka, gula merah thai, gula putih dan daun pandan dalam kuali. Masak sampai gula larut.
- 2Masukkan kelapa parut dan garam. Masak sampai sebati.
- 3Letak tepung gandum sikit untuk elak inti berderai bila kita bulatkan nanti.
- 4Bila inti dah kering boleh angkat dan sejukkan.
- 1Masukkan gula dan garam dalam air suam.
- 2Campur tepung pulut dan tepung gandum.
- 3Tuang masuk air suam sikit-sikit dan kacau sampai sebati.
- 4Uli sampai doh tak melekat pada tangan.
- 5Bahagi doh kepada 16 bahagian.
- 6Bulatkan inti dan tekan rapat supaya tak berderai.
- 7Doh tadi leperkan dan balut inti.
- 8Bancuh tepung pulut dengan sedikit air.
- 9Celup kuih bom dalam air tepung pulut dan salut dengan bijan. Tekan bagi bijan melekat.
- 10Tutup kuih bom dengan kain dan rehatkan 1-2 jam suhu bilik.
- 11Goreng kuih dengan minyak sederhana panas dan api perlahan .
- 12Bila dah perang, boleh angkat dan toskan minyak.
- •Gula dapat bantu elakkan kuih pecah dan jadi ranggup di luar bila kita goreng.
- •Petua kalau tak nak kuih bom meletup masa goreng, campur dulu tepung gandum dan tepung pulut sebelum tuang masuk air.
- •Sementara bulatkan inti, tutup doh dengan kain, takut kering.
- •Kalau nak kuih yang cantik minyak kena tenggelam, Che Nom guna periuk untuk jimat minyak.
- •Tip untuk elak meletup, masa mula-mula goreng api kena perlahan je dan masa nak angkat baru boleh kuatkan sikit api dan kerap kacau.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
31 Disember 2025

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
30 Disember 2025

Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
30 Disember 2025

Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
30 Disember 2025

Dulu Nak Jadi Pramugari, Tapi Mak Kata Tak Ada Gaya Lembut
30 Disember 2025

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
29 Disember 2025
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat

Ayam Sambal Berlada






