Resepi Kuih Siput
Kuih siput klasik wajib raya, rangup gebu dan tak keras. Rasa pedas lemak masin dengan bau harum daun kari, memang sedap buat kudap-kudapan.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 500g tepung gandum
- 100g atau 120g majerin
- 2 sb udang kering
- 1/2 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 sb minyak masak (optional)
- 1 sb rempah kari
- 1 sb cili kisar
- ATAU 2-3 tangkai cili kering
- 1 sb serbuk jintan manis
- 1 sb serbuk jintan putih
- 1 biji telur
- Daun kari
- 1 sk garam
- 150ml air
Cara Buat Kuih Siput
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Potong kasar bawang besar dan bawang putih
- 2Udang kering bilas dengan air dan toskan, kemudian rendam sekejap sampai lembut.
- 3Gunting kasar cili kering dan rendam dalam air panas, kalau tak nak guna cili kering, boleh ganti serbuk cili atau pes cili kisar terus.
- 4Satukan serbuk kari, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih. Kalau tak ada yang serbuk boleh guna yang biji.
- 5Panaskan minyak kemudian goreng bawang besar, bawang putih dan udang kering. Goreng sekadar naik bau dan terus angkat.
- 6Masukkan bawang goreng, udang kering goreng, cili kering, serbuk rempah, garam dan air dalam blender. Kisar halus dan ketepikan dahulu.
- 7Cairkan majerin atas api perlahan. Tak perlu mendidih, bila dah cair je terus tutup api.
- 8Tuang tepung gandum atas dulang.
- 9Tuang masuk majerin cair dan kacau sampai jadi serbuk kasar macam serbuk roti.
- 10Masukkan bahan kisar halus dan gaul sebati.
- 11Pecahkan telur, pukul sebati dan masukkan dalam doh.
- 12Uli doh sampai tak melekat dekat tangan.
- 13Boleh percik sikit air kalau doh tu keras dan susah nak bentuk.
- 14Rehatkan doh anggaran 1/2 -1 jam, tujuan nak bagi doh serap semua air dan biar doh lebih lembut.
- 15Gris loyang dengan minyak.
- 16Bahagi doh kepada dan 1/2 doh simpan bawah kain untuk elak kering.
- 17Cubit doh anggaran 10 sen dan gentel bulat.
- 18Tekan doh atas papan acuan dengan ibu jari dan tolak sampai jadi bentuk macam siput.
- 19Ulang bentukkan kuih siput sampai habis.
- 20Bila minyak dah panas, boleh mula goreng.
- 21Kerap kacau untuk leraikan kuih siput yang melekat.
- 22Bila kuih siput dah mula keras dan nak perang, tabur masuk daun kari
- 23Bila dah garing boleh angkat dan toskan minyak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 12 biji
- Kalori
- 305 kcal
- Protein
- 6.5 g
- Karbohidrat
- 33 g
- Lemak
- 16.5 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 0.5 g
- Natrium:
- 310 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- '12 keping' ditafsir sebagai 12 bahagian hidangan daripada satu batch 500 g tepung, bukan 12 kuih siput individu.
- Minyak menggoreng dikira 10% serapan pada ~900 g doh.
- Minyak masak 2 sudu besar (pilihan) dikira separuh.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 500g tepung gandum bersamaan berapa cawan?
- ± 4 cawan (cawan US 240ml).
- 100g atau 120g majerin bersamaan berapa cawan?
- ± ¼ cawan + 3 sudu besar (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Kalau buat banyak, masak bentukkan kuih siput, boleh tutup dulu doh kuih siput yang telah dibentuk untuk elak doh kering.
- Seloknya goreng jangan terlalu perang sebab selepas angkat proses pemanasan masih belum berhenti. Jadi ambil masa nak sejuk takut pahit kuih nanti.
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom nak share resepi kudap-kudapan klasik iaitu kuih siput. Dari dulu lagi kalau waktu raya mesti ada di hidang kuih siput ni. Che Nom pasti akan makan. Dalam banyak-bayak tu, ada yang rapuh, yang gebu, yang keras gigit tak pecah pun ada.
Tapi jangan risau, resepi ni insyaAllah rangup gebu dan tak keras hasilnya.
Cukup dengan rasa pedas, lemak-lemak masin dan bau harum daun kari. Memang layan sangat jika dibuat kudap-kudapan.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









