ResepiCheNom
Karipap Oksigen

Resepi Karipap Oksigen

Prep 55 minMasak 20 minJumlah 1 jam 15 minHidangan 10 biji

Kali ni Che Nom buat karipap oksigen yang kembung sekata, kulit rangup dan tahan lama. Memang rare tapi ada peminat, terutama budak-budak, jom cuba buat sendiri.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 2 cwn tepung gandum2 cwn tepung gandum250g
  • 1 sb tepung beras1 sb tepung beras8g
  • 1/2 sk garam1/2 sk garam3g
  • 1/4 cwn minyak masak1/4 cwn minyak masak55g
  • 1 sb majerin1 sb majerin14g
  • 1/2 cwn air sejuk1/2 cwn air sejuk120g

Cara Buat Karipap Oksigen

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Potong doh, sesuai untuk saiz 1 biji karipap.
  2. 2
    Masukkan tepung gandum, tepung beras dan garam dalam mangkuk.
  3. 3
    Panaskan minyak masak dan majerin sampai mendidih.
  4. 4
    Tuang masuk campuran majerin dan minyak panas dalam adunan kering.
  5. 5
    Gaul sekata sampai jadi macam serbuk breadcrumb.
  6. 6
    Tuang masuk air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sampai jadi doh.
  7. 7
    Rehatkan doh minimum 1/2 jam.
  8. 8
    Keluarkan doh dan uli sikit.
  9. 9
    Bulatkan doh dan canai sampai nipis.
  10. 10
    Letak atas acuan, tekan rapat (jangan ada gelembung).
  11. 11
    Tutup acuan dan kemaskan baki doh yang terkeluar.
  12. 12
    Kalau kelim manual, caranya sama, canai sampai nipis, kemudian lipat dua dan kelim ditepi.
  13. 13
    Panaskan minyak dan goreng karipap.
  14. 14
    Kerap alih-alihkan karipap. Bila dah perang, boleh angkat dan toskan minyak.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 cwn tepung gandum bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 250g (cawan US 240ml).
1 sb tepung beras bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 8g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kalau kelim manual, tengah-tengah jangan tekan rapat takut nanti karipap tak kembang bila goreng.
  • Doh tak boleh tebal sangat nanti karipap tak kembang penuh oksigen.
  • Minyak untuk goreng kena banyak dan tenggelam kuih.
Tunjuk semua petua (5)
Petua & Panduan
  • Kalau karipap kelim pakai tangan, minyak kena betul-betul panas sebab kita nak karipap tu mengelembung.
  • Lepas karipap dah kembung, baru perlahankan api (supaya karipap masak sekata).
Video
Pengenalan

Kali ni Che Nom dah buat satu jenis kuih yang rare, iaitu karipap oksigan. Rare tu bukan sebab apa, sebab selalunya orang marah kalau beli dapat kuih mcm ni, rasa mcm terkena kan. Tapi rupa-rupaya ada peminat kuih karipap oksigan ni, terutamanya budak-budak kan. Geram je tgk digigitnya kulit, inti buang.

Ha bukan senang jugak nak buat karipap oksigen yang kembung sekata dan rangup. Kena ada skill jugak. Hasil karipap yang Che Nom tunjuk kali ni memang rangup kulitnya..dan tahan lama rangup tu sampai berjam-jam. Peminat karipap oksigen, ha jom lah cuba.

Diterbitkan pada 10 Disember 20233.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru