Resepi Cucur Ikan Bilis Bulat
Cucur ikan bilis bulat yang rangup di luar, lembut di dalam dan tak serap minyak sangat. Bancuh dengan air panas menggelegak, memang ngam untuk minum petang.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1/2 biji bawang besar
- 1 genggam ikan bilis
- 2 biji cili merah
- 1 pokok daun bawang
- 2 cwn tepung
- Anggaran 2 cwn air panas
- 1/2 sk garam
- 1 sk gula
Cara Buat Cucur Ikan Bilis
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Hiris nipis bawang besar dan daun bawang,
- 2Tumbuk kasar ikan bilis dan cili merah.
- 3Gaul sebati tepung gandum, bahan tumbuk kasar, hirisan bawang, daun bawang, garam dan gula sikit.
- 4Tuang air panas sikit-sikit dan gaul sebati. Pastikan adunan pekat bergumpal untuk senang buat bulat.
- 5Bila adunan dah sebati, tunggu sekejap adunan suam.
- 6Bulatkan adunan.
- 7Panaskan minyak dan goreng cucur sampai keperangan.
- 8Bila dah garing, boleh angkat dan toskan minyak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 10 biji
- Kalori
- 160 kcal
- Protein
- 4 g
- Karbohidrat
- 20.5 g
- Lemak
- 6.5 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 0.5 g
- Natrium:
- 180 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- '1 genggam ikan bilis' dianggar 20 g kering.
- Minyak menggoreng tidak disenaraikan; serapan dianggar 6 g setiap cucur.
- ½ biji bawang besar dianggar 100 g.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Siapa yang suka pedas boleh ganti cili merah dengan cili padi.
- Kalau nak cucur flawless boleh potong dadu bawang besar.
- Pastikan air panas betul-betul mendidih, kalau panas penapis air tu memang tak cukup.
- Elak tambah tepung selepas tambah air panas, takut nanti cucur pecah selepas goreng.
- Sapu minyak pada pinggan dan tangan untuk elak melekat.
- Masa mula-mula goreng, kita kena tunggu lapisan luar keras baru alihkan.
- Untuk dapat adunan yang gangup diluar dan lembut di dalam, kita kena kerap kacau dan alih-alihkan.
- Sambil-sambil goreng, kita perlu tekan-tekan dan ratakan dengan sudip untuk bantu dapat permukaan cucur yang lincin.
Video
Pengenalan
Kembali lagi Che Nom kali ini, dengan resepi mesra orang bujang iaitu cucur bulat ikan bilis. Ha mana orang bujang, sila angkat tangan. Tapi mak-mak pun suka resepi macam ni tau.
Resepi ini sedikit berbeza dari resepi yang lain, sebabnya, adunan tepung, bilis dan bahan-bahan lain tu dibancuh dengan air yang panas menggelegak. Hasilnya, cucur yang bulat, rangup di luar dan lembut sangat di dalamnya dan yang paling penting bagi Che Nom, cucur guna resepi ni tak serap minyak sangat lepas goreng.
Dah lah sedap dan rangup. Petang-petang layan sangat buat minum petang. Pekena pulak dengan teh O memang terbaik.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









