Resepi Kuih Cara Berlauk
Cara membuat Kuih Cara Berlauk, kuih tradisi Melayu yang mungkin ramai belum pernah cuba. Inti daging dimasak dengan rempah dan adunan kuih cara disediakan menggunakan blender.

Bahan-bahan
Cara Buat Kuih Cara Berlauk
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 12 biji
- Kalori
- 195 kcal
- Protein
- 6 g
- Karbohidrat
- 18 g
- Lemak
- 10.5 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 2 g
- Natrium:
- 290 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 12 keping seperti dinyatakan (setiap keping agak besar, ~21 g tepung).
- Daging kisar 200 g dikira 15% lemak; santan pekat 1 cawan.
- Minyak tumis dan minyak gris dianggar 1 sudu besar setiap satu.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 2 sb serbuk kari daging bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 15g (cawan US 240ml).
- 200g daging kisar bersamaan berapa cawan?
- ± ¾ cawan + 2 sudu besar (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Masa tumis bawang, tumis bawang holland sampai lembut dulu kemudian baru tumis bawang putih. Kena lambat sikit masuk bawang putih sebab speed untuk browning tu laju sangat.
- Nak elak blender melekat, eloknya letak cecair dulu kemudian baru bahan kering.
- Che Nom buat berus untuk gris acuan menggunakan daun pandan. Ambik 1 helai daun pandan dan gunting 8. Susun dan gunting hujung bagi halus macam berus. Akhir sekali ikat hujung dengan getah.
- Selalu orang guna acuan bunga untuk kuih cara, tapi Che Nom ada acuan belimbing je.
- Adunan sebelum tuang dalam acuan, pindah masuk dalam jug kecil atau bekas yang ada mucncung, senang sikit. Che Nom balut jug dengan tisu untuk elak meleleh.
Video
Pengenalan
Jom tengok Che Nom nak buat kuih melayu yang ramai juga suka, tapi mesti ramai yang tak penah buat kan. Ini lah dia Kuih Cara Berlauk.
Cara masaknya sama macam kuih cara manis, cuma yang versi berlauk ni kita kena sediakan dulu inti daging yang dimasak dengan bahan tumisan dan rempah. Yang penting daging kisar kena masak sampai kering. Kemudian kita bancuh adunan kuih cara versi bewarna kuning menggunakan blender sahaja.
Dalam video ni Che Nom tunjuk cara yang lengkap lah untuk masak kuih cara berlauk sampai menjadi. Sekali masak pasti puas makan, mewah dengan inti daging, juga harum dengan bau bahan-bahan taburan. Bagi sesiapa yang tak pernah makan, sedap tau kuih ni. Jom lah cuba.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat









