ResepiCheNom

Resepi Kuih Labu Bakar

Prep 30 minMasak 55 minJumlah 1 jam 25 minHidangan 8 biji

Kuih labu bakar atau bingka labu sangat harum dengan bau bijan dan garing diluar bila panas. Sesuai dibuat berniaga atau hidangan sampingan sambil minum petang.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 2 sb mentega2 sb mentega28g
  • 1/2 sk garam1/2 sk garam3g
  • 2 biji telur2 biji telur
  • 2 cwn Anchor Whipping Cream2 cwn Anchor Whipping Cream480g
  • 2 cwn labu kukus2 cwn labu kukus
  • 2 cwn tepung gandum2 cwn tepung gandum250g
  • 1 cwn gula1 cwn gula200g
  • 2-3 titik pewarna kuning2-3 titik pewarna kuning
  • BijanBijan
  • Minyak masakMinyak masak

Cara Buat Kuih Labu Bakar

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Kupas kulit labu dan potong kecil-kecil kemudian kukus sampai lembut.
  2. 2
    Gaul sebati tepung gandum, gula dan garam dengan whisk.
  3. 3
    Bila labu dah masak, lenyek sampai halus guna masher.
  4. 4
    Masukkan puree labu, butter (lembutkan dulu) dan Anchor Whipping Cream dalam adunan kering. Gaul sebati.
  5. 5
    Masukkan telur , esen vanila (pilihan) dan pewarna kuning untuk naikkan seri warna.
  6. 6
    Untuk acuan Che Nom guna acuan kemboja kelopak 8. Panaskan acuan atas dapur dan sapu minyak sampai atas (Che Nom sapu guna daun pandan untuk lebih wangi).
  7. 7
    Bila minyak dah panas tabur bijan.
  8. 8
    Bila bijan dah perang, tuang masuk adunan sampai hampir penuh kemudian tabur lagi dengan bijan penuh-penuh.
  9. 9
    Sambung bakar dalam oven suhu 180°C selama 50-55 minit.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 sb mentega bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 28g (cawan US 240ml).
1/2 sk garam bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 3g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Gembur-gemburkan dulu tepung gandum sebelum sukat.
  • Minyak kena banyak sebab kita nak kuih tu tak melekat bila masak dan texture luar kuih tu bila lepas bakar akan jadi perang-perang dan garing gitu.
  • Untuk dapatkan atas yang burnt-burnt perang tu, 5-7 mint yang terakhir boleh tukar heat oven kepada atas saja.
Pengenalan

Untuk Edisi “Taste of Tradition” kali ni Che Nom nak share cara buat kuih bakar atau kuih bingka biasa kita buat pandan, kali ni guna labu. Labu ni sayur ke buah. Kuih muih tradisi memang sentiasa jadi kegemaran Che Nom terutama sekali waktu minum petang, waktu tu lah kita nak relax, nak lepak-lepak lepas penat kerja.

Adunan kuih ni menggunakan labu yang dikukus, dicampur dengan tepung dan penambah rasa lemaknya Che Nom akan guna Anchor Whipping cream, yang cukup sedap kena sangat rasanya dgn kuih bakar atau bingka.

Teknik untuk dapatkan kuih dgn bijan yang harum, kerak yang garing-garing di luar bila panas, dan lembut dalamnya. Boleh tengok teknik yang Che Nom tunjukkan. Sesiapa yang nak buat berniaga pun boleh cuba. Che Nom kalau makan sorang sekejap je boleh habis satu acuan.

969 paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru