ResepiCheNom
Resepi Bingka ubi kayu

Resepi Bingka Ubi Kayu

Prep 30 minMasak 1 jam 30 minJumlah 2 jamHidangan 20 keping

Dalam resepi Bingka ubi ni Che Nom ada share tips nak pilih ubi kayu yang fresh dan cara sediakan adunan anti gagal.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 5 cwn ubi parut5 cwn ubi parut1250g
  • ATAU 2 cwn santan segarATAU 2 cwn santan segar
  • 2 sb majerin2 sb majerin28g
  • Beberapa titik pewarna kuningBeberapa titik pewarna kuning
  • 2 kotak / 400ml santan2 kotak / 400ml santan
  • 1 1/4 cwn gula (kurangkan kalau tak suka manis)1 1/4 cwn gula (kurangkan kalau tak suka manis)
  • 1-2 sk garam1-2 sk garam

Cara Buat Bingka Ubi Kayu

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Kupas kulit ubi kayu dan basuh bersih.
  2. 2
    Belah ubi kecil-kecil kemudian kisar kasar dalam blender, tambahlah air untuk mudah kisar.
  3. 3
    Tapis dan keluarkan air, kalau ada muslin cloth lagi bagus sebab kita boleh perah air sampai kering.
  4. 4
    Air tapisan simpan dulu dan biarkan mendap.
  5. 5
    Gaul sebati ubi kayu parut dengan gula dan garam.
  6. 6
    Masukkan santan dan gaul sebati.
  7. 7
    Cairkan majerin. Masukkan majerin cair dan pewarna kuning dalam adunan bingka.
  8. 8
    Buang air ubi kayu yang kita tapis tadi dan ambil lapisan yang mendap (kanji). Masukkan mendapan putih (kanji) dalam adunan bingka dan gaul sampai sebati.
  9. 9
    Gris loyang (saiz 9x9 inci) dengan majerin dan lapik dengan kertas baking (pilihan).
  10. 10
    Tuang masuk adunan dalam loyang dan bakar suhu 180°C-200°C selama minimum 1 1/2 jam.
  11. 11
    Sapu permukaan dengan 1 sb majerin untuk bagi permukaan lebih berkilat.
  12. 12
    Sejukkan sebelum potong.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
5 cwn ubi parut bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 1250g (cawan US 240ml).
2 sb majerin bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 28g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Tips pilih ubi kayu yang elok, pastikan tepi -tepi tu takde buruk, lembik dan tak pecah, ubi masih rasa berat bila angkat. Kalau ringat tu maknanya dah lama dan kering.
  • Untuk sukatan gula 1 cwn ubi parut : 1/4 cwn gula, kalau guna 4 cwn ubi parut : 1 cwn gula. Kalau suka kurang manis boleh kurangkan gula.
  • 3 Kita perlu perah air ubi kayu sebab kita nak bingka cepat masak kering, tak lebik, liat-liat hasilnya dan cepat jadi garing.
Tunjuk semua petua (5)
Petua & Panduan
  • Che Nom pindah rak bawah selepas 1 jam bakar sebab nak keringkan bahagian bawah dan 15 minit sebelum angkat, tukar api atas sebab nak bagi kesan burn dan garing. Total Che Nom bakar hampir 2 jam sebab tengah-tengah tu lambat nak masak.
  • Sapu minyak sikit pada pisau nak elak melekat bila potong.
Video
Pengenalan

Kuih Bingka Ubi ialah kuih tradisional yang sangat mudah untuk dibuat. Kuih yang lembut dan kenyal hanya dibuat dengan santan, ubi kayu parut, gula dan garam untuk melengkapkan rasa.

Anda cuma perlukan ubi kayu muda yang segar dan pastikan cukup rasa manis, masin dan rasa berlemak santan pasti sedap hasilnya.

Apabila dibakar, kuih ubi kayu mengeluarkan bau yang sangat harum membuka selera. Kuih Bingka ni sangat sesuai untuk minum teh atau kopi sebagai minum petang atau sarapan pagi.

Diterbitkan pada 7 Januari 202561.2K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru