Kentang Wedges Bersalut

Resepi Kentang Wedges Bersalut, sebiji macam KFC, cuba sendiri baru tahu sungguh rangup dan sedap.

Bahan-bahan:

  • 3 biji kentang yg besar(bersihkan dan x payah buang kulit)
  • dan potong wedges...
  • 3 biji putih telur(utk melekatkan salutan)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 100gm nestum ataupun serbuk roti
  • minyak utk menggoreng

Cara Penyediaan:

  1. Rebus kentang hingga 3/4 empuk(toskan airnya dan kemudian ketepikan)
  2. Pukul telur bersama garam,lada sulah dan serbuk cili
  3. Kemudian masukkan bahan2 salut nestum atau serbuk roti ke dalam bekas berttup atau dlm plastik..
  4. Curahkan telur tadi ke atas kentang dan gaul kan sekata...jgn sampai hancur..
  5. Setelah rata masukkan kentang ke dalam bekas plastik yg berisi nestum/serbuk roti tadi dan goncang biar semua serbuk brsalut pada kentang..
  6. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan@ masak
  7. Sedia dimakan bersama mayonis dan sos cili..

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.