
Kek Batik Sedap
Resipi Kek Batik, sejak dari zaman Che Nom sekolah ramai kawan dan saudara suka membuatnya. Kek batik adalah dessert yang sangat sesuai dihidangkan bila-bila masa pun. Ada 2 jenis resipi kek batik iaitu menggunakan telur atau tanpa telur. Kalau resipi yang banyak telur, salutan kek batik agak kenyal dan tidak melekat.
Jika tanpa telur pula, salutan coklat akan sedikit melekat perlu direhatkan semalaman di dalam peti ais sehingga set atau beku kemudian baru dipotong kepada kiub kecil dengan cantik dan kemas untuk dihidangkan. Boleh tabur chocolate rice atau kekacang yang anda suka di bahagian lapisan paling atas sebelum disejukkan semalaman untuk lebih kelihatan cantik dan menarik. Selamat mencuba :)
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 pek biskut Marie
- 250g mentega/butter
- 200g serbuk Milo
- 3 sudu besar serbuk koko, ayak
- 3/4 tin susu pekat
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Lapik loyang dengan kertas parchment atau kertas baking supaya apabila sejuk nanti mudah dikeluarkan. Che Nom guna loyang berukuran 8"x8".
- 2Potong butter kepada kiub. Panaskan butter di dalam periuk dan di atas api sederhana sehingga cair.
- 3Masukkan serbuk milo, susu pekat dan serbuk koko. Kacau sehingga pekat sebati.
- 4Susun biskut Marie dalam loyang kemudian sendukkan adunan coklat dan sapu rata sebagai lapisan atas.
- 5Susun berselang seli lapis biskut Marie dan adunan coklat sehingga habis.
- 6Sejukkan di dalam peti ais semalaman. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.
- •Jenis butter yang digunakan akan mempengaruhi rasa kek batik. Che Nom gunakan 1 buku butter jenama Buttercup. Jika guna pure butter yang mahal, rasa akan lebih berlemak dan rich. Boleh juga jika digantikan butter dengan majerin, sedap dan tiada sebarang masalah cuma rasa kek batik akan sedikit berbeza.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Cheesekut Tiramisu: Creamy, Tak Cair + Teknik Celup Biskut Pantas Untuk Lapisan Jadi Kemas
19 Januari 2026

Kek Batik Indulgence Tanpa Telur Tanpa Oven: Resepi + Panduan Bisnes Lengkap 2026
17 Januari 2026

Cucur Bom Manis Serap Minyak? Ini Teknik Goreng Betul Supaya Rangup & Tak Berminyak
14 Januari 2026

Cucur Bom Manis Rangup & Gebu: Teknik Tepat Supaya Bulat Cantik, Berongga & Tak Serap Minyak
14 Januari 2026

Sambal Penyet Stok: Teknik Goreng Layu + Kisar Kasar + Tumis Pecah Minyak (Tahan Lama & Senang Guna)
12 Januari 2026

Teknik Garam Awal 15 Minit: Ayam Lagi Juicy, Tak Hanyir & Tak Kecut Bila Masak
12 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Ayam Panggang Black Pepper (Juicy & Kulit Rangup)

Cheesekut Tiramisu 5 Bahan (Tanpa Oven, Tanpa Telur) — Paling Mudah & Sedap Sejuk

Sambal Tumis Udang Petai Pekat & Wangi, Cara Che Nom

Bihun Goreng Kunyit Style Kampung

Sambal Tumis Ikan Masam Manis Ala Thai






